Wanita Dipercayai Tertua Di Negeri Sembilan Meninggal Dunia

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

SEREMBAN 26 Okt. – Wanita dipercayai tertua di negara ini, Safiah Ujang yang berusia 128 tahun meninggal dunia di rumahnya di Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau di sini tengah hari ini akibat sakit tua.

Cucunya, Mohammad Hafis Abdul Ghani, 29, berkata, arwah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, walaupun arwah neneknya menghidap penyakit kanser usus namun keadaannya sebelum ini baik dan tidak kritikal.

“Bagaimanapun dalam masa seminggu lepas nenek tidak mahu menjamah nasi dan dia hanya minta buah-buahan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Allahyarham yang dilahirkan pada 1889 meninggalkan seorang anak berusia 75 tahun, enam cucu dan 30 cicit.

Jenazahnya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Batu 17, Chembong, Rembau, selepas solat Asar petang ini.

P/S: Sebelum ini di Negeri Sembilan juga pernah merekodkan wanita tertua di Negeri ini yang berusia 113 tahun iaitu Allahyarhamah, Sariah Binti Marjo. [Artikel berkaitan: Wanita Dari Negeri Sembilan Yang Dikatakan Tertua Di Dunia]

Sumber – Petikan berita daripada Utusan Online

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.