Wan Omar, Dato Undang Johol Ke-8 Yang Penuh Kontroversi

Baru baru ini rakyat Johol telah menyaksikan kemelut dalam sistem berUndang di Johol yang mengamalkan adat perpatih. Dato Undang Mohd Jan, Dato Undang yang ke-14 telah dilucutkan jawatannya kerana dikatakan melakukan kesalahan adat, kesalahan jenayah dan kesalahan moral.

Kerani Mengsabotaj dan Merampas Jawatan Undang Johol Pada Tahun 1901

Wapak Yang 6 (sebahagian dari Dato Dato Adat Johol) yang mempunyai kuasa melantik/memecat telah sepakat memutuskan yang Dato Undang yang ke 14 bersalah dan keputusan itu telah di muktamatkan oleh Dewan Keadilan Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh Yang DiPertuan Besar dan seterusnya memperakukan perlantikan Dato Undang baru yang dipilih oleh Wapak Yang 6 iaitu Dato Mohamad b Abdullah penyandang Dato Baginda Tan Mas yang merupakan Timbalan Undang. Pada 23/3/2017 Dato Mohamad b Abdullah telah dikerjankan sebagai Dato Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato Undang Johol yang ke 15 dan berakhirlah kemelut yang berlaku.

Sebenarnya kemelut di atas bukanlah kali pertama. Semenjak bermulanya sistem berUndang di Johol (1723), telah berlaku beberapa kali kemelut antaranya dari asalnya perempuan tapi bila sampai ke Undang yang ke 4 bertukar ke Lelaki. Bagaimana pon kemelut ini masih lagi mengekalkan warikh penyandang iaitu warikh Sitiawan. Kedua ialah Kemelut Warikh Berundang Biduanda 3 Charak Johol Perut Perempuan berlaku apabila Dato Undang ke 6 iaitu Dato Bakar Gobah telah menetapkan yang penyandang pusaka selepas beliau adalah dari anak adik beradik perempuannya iaitu Atong (Baruh) dan Inchangi (Derek/Bukit). Bagaimana pon apabila Dato Bakar Gobah meninggal, Dato Saeto dilantik menjadi Dato Undang yang ke 7 dan menggagalkan rancangan yang di atur oleh Dato Bakar Gobah. Dan Kemelut yang paling besar yang memberikan impak hingga ke hari ini ialah kemelut Dato Undang yang ke 8, Dato Wan Omar pada tahun 1901 . Kemelut ini telah mengoyak rabak banyak perkara termasuk warikh penyandang pusaka dan sistem adat berUndang di Johol.

Kerani Mengsabotaj dan Merampas Jawatan Undang Johol Pada Tahun 1901

Semasa penjajahan British, British telah memperuntukkan seorang kerani kepada setiap Dato Undang. Di Johol, Wan Omar merupakan kerani kepada Dato Undang Saeto yang berasal dari Segamat Johor dan dikatakan ada pertalian saudara dengan Dato Onn Jaafar. Beliau juga dikatakan mendapat pendidikan di English Collage Johor Baharu. Peranan kerani ialah menjadi orang perantaraan pengurusan antara British, Yang DiPertuan Besar dan Dato Undang. Bagaimana pon hasil bumi masih lagi di bawah pentadbiran Dato Undang.

Gemencheh merupakan kawasan jajahan Undang Johol yang kaya dengan hasil bumi iaitu emas dan bijih timah . Dikatakan hasil emas setahun lebih kurang 20 kati dan bijih timah 300 pikul. Dato Saeto telah mengujudkan jawatan Dato Baginda Tan Mas khusus untuk menjaga hasil bumi di Gemencheh.

Kerani Mengsabotaj dan Merampas Jawatan Undang Johol Pada Tahun 1901

Apabila Dato Saeto semakin tua melebihi 80 tahun, sebahagian urusan pentadbiran di uruskan oleh keraninya dan lama kelamaan diberi kepercayaan sepenuhnya. Pada masa yang sama berlaku pula perasaan tidak puas hati orang Gemencheh terhadap Johol berkaitan agihan hasil bumi hingga menyebabkan Dato Saeto tanpa usul periksa telah mengarahkan Dato Muda Pilih selaku Timbalan Undang berperang dengan Gemencheh. Orang Gemencheh yang diketuai Raja Hussin telah tewas dan berperang sekali lagi dan kalah juga untuk kali kedua.

Orang Gemencheh teramat marah hingga ke tahap jika pokok pisangnya berbuah menghala ke Johol maka pisang tersebut akan ditebangnya dan juga menuduh Dato Muda Pilih seorang yang jahat suka mengacau isteri dan anak dara orang dan sebagainya. Tuduhan terhadap Dato Pilih juga mendapat sokongan segelintir penduduk Johol yang berkepentingan dan akhirnya di percayai oleh Dato Undang Saeto yang sangat sudah tua pada masa itu dan merelakan Dato Pilih dibunoh. Dato Pilih berjaya dibunuh semasa beliau sedang berehat bersama sama keluarga dan anak cucu di kampungnya di Masjid Tua Renggoh Johol.

Penglibatan Wan Omar dalam pengurusan Jawatan Undang terutama yang melibatkan British, Yang DiPertuan Besar dan dengan Dato-dato Undang yang 4 telah tidak dapat dipertikaikan kerana kelebihannya dalam berbahasa Inggeris dan hubungan akrabnya yang telah terjalin sekian lama antara mereka. Melihat kepada situasi ini Wan Omar telah menyemenda (berkodim atau masuk suku) dengan keluarga Gemencheh dan dengan kemufakatan Dato-Dato adat Gemencheh telah bersetuju menyerahkan jawatan Baginda Tan Mas kepada Wan Omar. Jawatan Dato Muda iaitu Jawatan Timbalan Undang yang dikosongkan telah diisi oleh Dato Moha.

Tidak lama selepas itu (1901) satu kejadian yang menggemparkan penduduk Johol iaitu Dato Saeto telah di bunuh ketika sedang tidur dirumahnya dan pembunuhnya ialah seorang yang dikatakan gila iaitu Samad Gila. Mengikut adat Johol ‘Undang Mati Undang menanam’ maka dikatakan diketika itu Wan Omar sekali lagi telah menggemparkan penduduk Johol apabila beliau mengumumkan yang beliau telah dipersetujui oleh Dato Saeto sebagai penggantinya dengan mengemukan dokumen-dokumen sokongan dan adanya sokongan dari pembesar British dan akhirnya Wan Omar telah berjaya diiktiharkan sebagai Dato Undang yang ke 8.

Kerani Mengsabotaj dan Merampas Jawatan Undang Johol Pada Tahun 1901

Dato Wan Omar semistinya lah mendapat sokongan padu dari orang-orang Gemencheh kerana beliau menyemenda di sana dan juga dipercayai mendapat sokongan dari segelintir dari orang Johol yang berkepentingan. Wan Omar dikatakan pandai membaca keadaan, dia tidak dikerjankan/ditabalkan seperti kelaziman dibuat keatas perlantikan Dato Undang yang baru. Wan Omar membiarkan jawatan Dato Muda terawang awang bertahun tahun hingga akhirnya terus lenyap. Dato dato adat cuba membuat sesuatu seperti sebulat suara meletakkan semula Dato Moha sebagai Timbalan tetapi tidak mendapat apa apa persetujuan. Peranan Dato Dato Adat juga di ubah mengikut siapa yang sehaluan dan ingin bekersama dengan nya. Wan omar juga membenarkan penduduk Johol menebang hutan untuk tujuan pertanian sebagai cara mengambil hati penduduk Johol. Pembukaan tanah juga selaras dengan usaha British pada masa itu (1909) bagi mendaftarkan tanah tanah di seluruh Negeri Sembilan yang antaranya untuk tujuan percukaian.

Kerani Mengsabotaj dan Merampas Jawatan Undang Johol Pada Tahun 1901

Pada tahun 1912 selepas 10 tahun Wan Omar menjadi Undang, satu kerapatan Dato-Dato adat diadakan dan Dato-Dato Adat telah melantik Chek Mek menjawat jawatan timbalan undang dan memakai gelaran Dato Baginda Tan Mas. Sebelum kerapan pada 1912 Wan Omar telah menggunakan pengaruh British dalam menentukan kaedah giliran penyandang pusaka Dato Undang. Penggiliran yang dipersetujui ialah Gemencheh – Johol(Baruh) – Gemencheh – Johol (Derek/Bukit) dan seterusnya. Giliran ini jelas memberi kelebihan kepada Gemencheh dan memberi kejayaan kepada rancangan yang di atur oleh Dato Bakar Gobah. British juga cuba mencadangkan satu giliran kepada Kepis tetapi berjaya di ketepikan. Chek Mek telah ditukar dengan Dato Kamat atas dasar dia dan kakaknya memegang jawatan utama iaitu Tan Mas dan Ibu Warikh. Dato Kamat dilantik menjadi Dato Undang yang ke 9 selepas Dato Wan Omar meniggal pada tahun 1918.

Kerani Mengsabotaj dan Merampas Jawatan Undang Johol Pada Tahun 1901

Penggiliran ini diguna pakai bermula Dato Undang ke 9 hingga lah sekarang dengan menggelarkan mereka sebagai Biduando Warikh perut Johol (Derek dan Baruh) dan Biduanda Warikh Perut Gemencheh dan timbalan menggunakan nama Dato Baginda Tan Mas gelaran yang digunakan untuk menjaga lombong emas semasa zaman Saeto. Oleh itu, Dengan perlantikan Wan Omar, penggiliran penyandang Undang dari keturunan Dato Setiawan telah dirobek dek kerana hasad dengki, sabotaj dan tamakkan kuasa. Sebahagian besar Warikh Berundang Biduanda 3 Charak Warikh Johol perut Perempuan anak Dato Setiawan telah diketepikan haknya hingga sekarang. – Sumber Rujuk Facebook Prof. Mustafa Yusof, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Artikel berkaitan:
Sejarah Undang Johol Pertama

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.