Wajah Baru Ocenaic Mall atau Pasaraya The Store, Port Dickson

Baru-baru ini terdapat beberapa keping gambar diperoleh daripada Facebook Page, The Store Port Dickson mengenai wajah baru The Store Port Dickson yang telah selesai pengubahsuaiannya. Kalau dilihat memang menarik dan nampak mewah daripada wajah sebelumnya.

Wajah Baru Ocenaic Mall atau Pasaraya The Store, Port Dickson

Oceanic Mall atau lebih dikenali dengan nama Pasaraya The Store Port Dickson yang telah beroperasi sejak tahun 1983 lagi telah ditutup sementara pada Januari 2017 yang lalu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengubahsuaian.

Tidak dapat dipastikan mengapa pasaraya ini mengambil keputusan drastik untuk melakukan pengubahsuaian secara menyeluruh, tetapi besar kemungkinan adalah disebabkan pasaraya ini diambil alih oleh pengurusan yang baru, iaitu Regina Developement Sdn Bhd pada tahun 2015. Menurut laman sesawang Regina Developement Sdn Bhd, pasaraya ini akan dijenamakan semula daripada Oceanic Mall kepada Regina Mall.

Wajah Baru Ocenaic Mall atau Pasaraya The Store, Port Dickson

Berikut adalah beberapa keping gambar yang diperoleh hasil daripada pengubahsuaian tersebut dan perbandingan dengan wajahnya sebelum ini.

Wajah Baru Ocenaic Mall atau Pasaraya The Store, Port Dickson Wajah Baru Ocenaic Mall atau Pasaraya The Store, Port Dickson Wajah Baru Ocenaic Mall atau Pasaraya The Store, Port Dickson Wajah Baru Ocenaic Mall atau Pasaraya The Store, Port Dickson Wajah Baru Ocenaic Mall atau Pasaraya The Store, Port Dickson Wajah Baru Ocenaic Mall atau Pasaraya The Store, Port Dickson

Admin: Kalau diperhatikan kepada gambaran atau lakaran awal Regina Mall ini, dilihat macam ada jenama-jenama terkemuka lain macma Sushi King, Subway, H&M. Tapi jangan berharap kesemuanya ada disini sebabnya ini hanyalah LAKARAN AWAL sahaja sebab tulah nama-nama jenama yang diletakkan disitu seperti Sushi King kepada Sushi, Subway kepada Suubway, H&M kepada H&H 😛 . Lagi satu panggung wayang memang takda. Harap maklum ya.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.