Video Penampakan Pontianak Di Tanjung Tuan Port Dickson

Kami banyak juga bercerita pasal kisah-kisah yang ada di Tanjung Tuan, Negeri Sembilan ni. Dari kisah sejarah hinggalah misteri. Apa-apapun perkongsian salah seorang pengguna Facebook yang bernama Nieya Md Ayop ini sememangnya buat kami meremang bulu roma satu badan

Video Penampakan Pontianak Di Tanjung Tuan Port Dickson

Menurut status yang dikongsikan oleh Nieya Md Ayop di Facebook nya, dia bersama 5 rakannya ke Tanjung Tuan untuk melakukan aktiviti mendaki. Semasa mereka disana memang mereka tidak perasan apa-apa cuma mereka berasa ada beberapa perkara pelik berlaku disana. Tapi mereka anggap itu adalah perkara biasa ketika masuk ke hutan.

Sehinggalah mereka pulang semula ke Kuala Lumpur, mereka mula mencari maklumat mengenai Tanjung Tuan. Pada ketika itu mereka mula membelek gambar serta video yang sempat mereka rakamkan sewaktu berada disana. Tapi alangkah terkejutnya mereka apa yang mereka jumpa sewaktu menonton salah satu dari video yang dirakamnya.

Penampakan seumpama “Pontianak” pada minit ke-8 video tersebut buatkan mereka tidak menyangka kelibat tersebut ada bersama-sama dengan mereka sewaktu pendakian. Walabagaimanapun mereka masih bertanda tanya siapakah gerangan kelibat itu memandangkan mereka sendiri pun tidak terserempak dengan mana-mana pendaki lain semasa berada disana.

Video Penampakan Pontianak Di Tanjung Tuan Port Dickson Video Penampakan Pontianak Di Tanjung Tuan Port Dickson

Mungkin daripada video ini ada yang menilaikan yang kelibat terdapat disini adalah bukan seperti apa yang digambarkan oleh mereka. Tapi percayalah, kita tak alaminya, mungkin kita tak ada rasa apa-apa seperti apa yang mereka rasa. Perkongsian ini mungkin salah satu cara nak lepaskan rasa takut mereka. Terpulang kepada anda sendiri untuk menilainya, masing-masing ada pendapat sendiri.

Video Penampakan Pontianak Di Tanjung Tuan Port Dickson

Bagi kami apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Didunia ni pun bukan kita sahaja penghuninya, ada mahluk lain yang turut menumpang sekali bersama-sama kita. Apa-apun janganlah disebabkan video ini anda takut untuk datang ke sini, jangan risau. Bukan semua orang bernasib baik alami perkara ini :). Cubalah datang kesini, lihat keindahan alam disini. Pasti ada akan lupakan kisah-kisah misteri yang ada disini. – Sumber FB Nieya Md Ayop

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.