Velodrom Kelas Satu Hanya Di Nilai Negeri Sembilan

Velodrom Nasional dan Trek Berbasikal BMX yang dibina di Nilai Negeri Sembilan dijangka siap sepenuhnya pada April 2017 ini. Velodrom yang mula dibina pada Januari 2015 ini merupakan satu-satunya Velodram Tertutup Kelas Satu yang mematuhi spesifikasi Pengurusan Kesatuan Lumba Basikal Dunia (UCI) yang seterusnya membolehkan Malaysia menganjurkan perlumbaan trek bertaraf dunia termasuk Kejohanan Dunia yang merupakan acara kedua terbesar dalam kalendar berbasikal dunia.

Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX Nilai

Velodrom yang diperuntukkan daripada Belanjawan 2013 ini menelan belanja hampir RM80 juta termasuklah kos pembinaan trek yang membabitkan sejumlah RM5.6 juta dengan semua peralatan ditempah khas dari Jerman, manakala permukaan trek diperbuat daripada kayu Siberia yang lebih stabil dan berkualiti berbanding kayu Pines. Projek yang menggunakan kaedah Industrialised Building System (IBS) ini merangkumi pembinaan Velodram serta Trek Berbasikal BMX. Setelah velodrom ini siap, ia mampu memuatkan 2000 penonton (duduk 1800 dan 200 berdiri) dalam satu-satu masa.

Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX Nilai

Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX Nilai

Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX Nilai

Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX Nilai

Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX Nilai

Sebelum ini, isu pembinaan velodram ini juga pernah dibangkitkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) supaya hasrat untuk membina dibatalkan memandangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ingin membangunkan lagi satu Velodrom Tertutup Kelas Satu di Kuala Lumpur memandangkan Velodrom di Cheras bakal dirobohkan untuk tujuan pembangunan komersil. Justeru PKBM inginkan peruntukan yang digunakan untuk membangunkan Velodrom di Nilai disalurkan untuk tujuan pembangunan sukan berbasikal negara.

Walaubagaimanapun, ia mendapat tentangan daripada Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) yang tetap mahu projek di Nilai itu diteruskan seperti yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2013. Isu ini juga mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan beliau menegaskan velodrom tertutup kelas satu hanya akan dibina di Nilai, Negeri Sembilan.

Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX Nilai

Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX Nilai

Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX Nilai

Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX Nilai

Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX yang akan siap ini akan digunakan bagi penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 yang akan berlangsung pada Ogos 2017 (Sukan SEA) dan September 2017 (Sukan Para ASEAN). Ia akan menjadi gelanggang saingan yang mempertandingkan 13 emas pada Sukan SEA manakala BMX pula menawarkan 2 pingat emas selain saingan lebuhraya 5 emas.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.