Tradisi Mengoca Ikan Oleh Masyarakat Negeri Sembilan

Bagi kebanyakan generasi mu­da termasuk yang ber­asal dari Negeri Sembilan sudah pasti tidak tahu signifikan tradisi mengoca oleh masyarakat di negeri ini. Justeru tidak salah jika dikatakan aktiviti berkenaan kurang mendapat sambutan dari ge­nerasi muda sedangkan mengoca merupakan hari yang ditunggu-tunggu penduduk kampung satu ketika dahulu.

mengoca ikan kampung gugu

Bagi masyarakat di Negeri Sembilan, “mengoca” bukanlah sesuatu yang asing kerana ia membawa maksud aktiviti menangkap ikan beramai-ramai menggunakan tangan dan selalunya tertumpu di kawasan sungai, tali air atau kolam. Kebiasaannya, aktiviti “mengoca” diadakan selepas musim menuai padi yang mana ketika itu kebanyakan sungai, tali air atau empangan mulai kering. Namun jika paras air sungai atau kolam itu didapati dalam, penduduk akan menggunakan pelbagai peralatan menangkap ikan seperti tangguk, jala dan jeramak.

mengoca ikan kampung gugu

Dahulunya, keutamaan akti­viti ini bukanlah pada hasil yang diperoleh tetapi keseronokan mencari ikan dan bermain air secara ‘berjemaah’ setelah seha­rian membanting tulang di sawah. Baru-baru ini untuk memberi gambaran sebenar kepada generasi baru terhadap aktiviti yang dilakukan ketika dahulu.

mengoca ikan kampung gugu

Januari 2017 yang lalu, satu keramaian telah diadakan di Kampung Gagu bagi memberi gambaran sebenar kepada generasi baru terhadap aktiviti yang dilakukan suatu ketika dahulu. Pesta Menuai dan Mengoca anjuran Yayasan Budi dengan kerjasama masyarakat setempat itu bertujuan menghidupkan kembali aktiviti berkenaan.

mengoca ikan kampung gugu

Pesta yang diadakan itu turut disertai kira-kira 300 penduduk dari pelbagai lapisan masyarakat untuk bersama-sama merasai ke­seronokan pesta berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Ke­majuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung itu, Mohd. Saad Harun, 63, berkata penduduk kampung ini ma­sih mengamalkan tradisi me­ngoca biarpun kita berada pada zaman serba moden dan ternyata, usaha penganjuran pesta ini mencapai matlamatnya apabila pengunjung yang turut serta dapat merasai sendiri pengalamannya.

Pesta yang dihadiri segenap lapisan masyarakat yang bukan sahaja dari warga kampung malah pengunjung dan pelajar luar turut merasai sendiri aktiviti mengoca di dalam kolam yang mempunyai pelbagai jenis ikan air tawar antaranya seperti lampam dan jelawat. Sememangnya pengalaman tersebut amat berharga buat pengunjung dan pelajar yang pertama kali melakukan aktiviti ini.

mengoca ikan kampung gugu

Sementara itu, Pe­ngerusi Ya­yasan Budi, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, masyarakat Me­layu perlu menilai, meneliti serta menghayati se­mula cara-cara kehidupan yang diamalkan di kampung dalam konteks sebenar. Ini antara sebab mengapa diadakan pesta untuk mengoca ikan, membuat emping dan kenduri di kampung ini yang secara langsung dapat mewujudkan perasaan kekitaan dan me­mulihara wa­ri­san. – Utusan

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.