Tinggal Sehelai Sepinggang Selepas Bercerai Dengan Wanita Negeri Sembilan, Fakta Atau Auta

“Kalau bercerai dengan wanita Negeri Sembilan, keluar rumah sehelai sepinggang lah kamu!”

Tinggal Sehelai Sepinggang Selepas Bercerai Dengan Wanita Negeri Sembilan, Fakta Atau Auta

Di atas ialah antara salah faham terbesar masyarakat yang bukan dalam lingkungan Adat Perpatih terhadap adat ini. Dikatakan bahawa di dalam amalan Adat Perpatih, jika berkahwin dengan wanita dari Negeri Sembilan dan jodoh tidak panjang, si lelaki akan “keluar dari rumah sehelai sepinggang!”

Hakikatnya, pemahaman sebegini jauh terpesong. Ia tidak mendasari perbilangan Adat Perpatih iaitu;

Tinggal Sehelai Sepinggang Selepas Bercerai Dengan Wanita Negeri Sembilan, Fakta Atau Auta

Di dalam sistem Adat Perpatih, ada tiga jenis klasifikasi umum tentang harta iaitu;

  1. Harta Pembawa: Harta yang menjadi milik atau diberi semasa kedua2nya belum bergelar suami isteri.
  2. Harta Dapatan: Harta yang menjadi milik atau diberi kepada isteri selepas perkahwinan. Harta Dapatan boleh diberi oleh suami atau harta pusaka yang diturunkan oleh keluarga isteri kepadanya.
  3. Harta Carian: Harta sepencarian semasa pasangan bergelar suami isteri. Ia juga adalah harta selain Harta Pembawa dan Harta Dapatan.

Jadi, perbilangan yang menjadi asas supaya urusan perceraian berjalan selancar mungkin dan dalam bentuk yang mudah difahami ialah;

Tinggal Sehelai Sepinggang Selepas Bercerai Dengan Wanita Negeri Sembilan, Fakta Atau Auta

Maksudnya: Harta yang dimiliki oleh pembawa akan dikembalikan pada dirinya sendiri. Harta dapatan akan tinggal terus bersama isteri. Harta sepencarian akan dibahagi dua sama rata. Jika lelaki meninggal dunia (cerai mati) harta akan ditinggalkan kepada isteri, begitu juga sebaliknya.

Ada kupasan lebih panjang berkenaan hal ini, namun pengakhirannya tetap menyokong pematuhan syarak tentang urusan perceraian. Ia dibuat bagi memastikan keadilan tetap dijaga untuk kedua-dua pihak sekalipun jodoh antara kedua suami isteri ini tidak panjang.

Jadi entah dari mana datangnya pendapat yang mengatakan apabila lelaki bercerai dengan wanita Negeri Sembilan, mereka akan dihalau keluar rumah sehelai sepinggang hanya dengan apa yang ada di badan sahaja.

Mengarut… Kalau sehelai sepinggang, buatnya jatuh talak ketika memakai seluar dalam semata-mata, tak ke haru?
Sumber artikel sumbangan daripada Khairul Ashraf Muhamad

Artikel berkaitan:
Jangan Disalah Tafsir Pemberian Harta Dalam Adat Negeri Sembilan

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.