Taman Tasik Seremban, Salah Satu Taman Tasik Semulajadi Tertua Di Malaysia

Taman Tasik Seremban atau Seremban Lake Garden antara pusat rekreasi dan riadah paling popular di Seremban yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya pada hari cuti dan hujung minggu. Dahulu sekitar tahun 1980-2000, taman tasik ini juga mempunyai taman burungnya sendiri, pada waktu itu pelbagai jenis burung boleh dilihat dari yang kecil hingga ke besar. Walaubagaimanapaun tidak dipastikan kenapa operasi taman burung tersebut dihentikan.

Taman Tasik Seremban, Salah Satu Taman Tasik Semulajadi Tertua Di Malaysia

Untuk pengetahuan anda, Taman Tasik ini merupakan salah satu dari taman tasik semulajadi yang tertua di Malaysia. Disebabkan lokasinya yang ideal serta mudah dikunjungi dan selamat untuk seisi keluarga menjadikan taman ini pilihan popular para pengunjung terutamanya bagi mereka yang ingin beriadah atau beristerihat.

Disini, taman ini dihiasi dengan tanaman pokok-pokok tropika, bunga-bungaan, wakaf-wakaf bagi tujuan istirehat serta 2 buah tasik menjadikannya sebuah kawasan yang tenang dan sesuai untuk beristirehat. Berbagai kemudahan disediakan di sini seperti taman permainan kanak-kanak, “jogging track”, tandas dan sebuah pentas terapung. Pentas ini juga memiliki daya tarikan tersendiri dimana Program Hiburan Sekeluarga “Serembang di Seremban” dijalankan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan minggu keempat.

Taman Tasik Seremban, Salah Satu Taman Tasik Semulajadi Tertua Di Malaysia Taman Tasik Seremban, Salah Satu Taman Tasik Semulajadi Tertua Di Malaysia Taman Tasik Seremban, Salah Satu Taman Tasik Semulajadi Tertua Di Malaysia Taman Tasik Seremban, Salah Satu Taman Tasik Semulajadi Tertua Di Malaysia Taman Tasik Seremban, Salah Satu Taman Tasik Semulajadi Tertua Di Malaysia Taman Tasik Seremban, Salah Satu Taman Tasik Semulajadi Tertua Di Malaysia Taman Tasik Seremban, Salah Satu Taman Tasik Semulajadi Tertua Di Malaysia

Berdekatan dengan Taman Tasik ini juga, terdapat restoran makanan segera tertua di Negeri Sembilan, iaitu Restoran A&W Drive Thru, Seremban; Masjid Negeri serta bangunan kolonial seperti ‘White House’ yang pernah dijadikan Perpustakaan Negeri dan pusat pentadbiran Seremban semasa zaman pemerintahan Inggeris dahulu. Lokasinya yang cantik menjadi pilihan buat pasangan pengantin baru untuk mengambil gambar, ‘Outdoor Wedding’.

Bersebelahan tasik ini juga menempatkan sebuah Galeri yang mempamerkan sejarah kehidupan dan perjalana hidup Almarhum Tuanku Ja’afar Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Galeri yang dikenali dengan nama Galeri Diraja Tuanku Ja’afar juga menempatkan pelbagai koleksi peribadi Almarhum Tuanku Ja’afar serta kisah sejarah Raja-Raja Negeri Sembilan sebelumnya.

Taman Tasik Seremban, Salah Satu Taman Tasik Semulajadi Tertua Di Malaysia

Kawasan Taman Tasik Seremban yang berkeluasan 10 ekar meliputi Taman Malaysia dan Taman Lalulintas Kanak-Kanak “SHELL” dan ianya juga terletak berhampiran dengan 2 buah hotel bertaraf antarabangsa iaitu Hotel Royal Bintang Seremban & Kelana Resort Seremban.

Taman Tasik Seremban, Salah Satu Taman Tasik Semulajadi Tertua Di Malaysia Taman Tasik Seremban, Salah Satu Taman Tasik Semulajadi Tertua Di Malaysia

Dibangunkan semula pada tahun 2000 dengan anggaran kos RM 5 Juta, Taman Tasik Seremban kini memasuki Fasa III Program Naik taraf yang merupakan peringkat terakhir dan dianggarkan akan melibatkan kos sebanyak RM 3 Juta.

Sumber – www.mpsns.gov.my; Utusan Online (09 Ogos 2011); meowportal.blogspot.my

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.