Stesen Keretapi Kuala Pilah Yang Telah Hilang

Kereta api mula diperkenalkan pihak British di Tanah Melayu pada lewat kurun ke-19 dengan tujuan bagi mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan yang terletak di kawasan pantai barat semenanjung tanah air ketika itu.

Stesen Keretapi Kuala Pilah Yang Telah Hilang

Peta Laluan Keretapi Malayan Railways

Dua individu yang bertanggungjawab di atas pembinaan jalan kereta api di Tanah Melayu pada masa itu ialah ialah Residen British, Sir Frank Swenttenham dan Sir Hugh Low.

Landasan kereta api pertama dibina oleh Low di negara adalah di Taiping-Port Weld manakala di Selangor, Swenttenham membina sebuah landasan kereta api menghubungkan Kuala Lumpur – Port Swettenham (Kuala Klang) serta Seremban.

Mungkin generasi muda Kuala Pilah tidak percaya kalau diberitahu di bandar ini dahulunya pernah mempunyai perkhidmatan pengangkutan keretapi. Tetapi memang benar, bandar Kuala Pilah pernah dihubungkan dengan Bahau melalui jalan keretapi di suatu masa dahulu.

Stesen Keretapi Kuala Pilah Yang Telah Hilang

Stesen Keretapi Kuala Pilah 1 April 1910

Landasan keretapi Kuala Pilah-Bahau sepanjang 21.7 KM itu telah dibuka pada 4 April 1910. Laluan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada ketika itu, Almarhum Tuanku Muhammad Shah Ibni Almarhum Tuanku Antah. Seperti perkhidmatan keretapi di tempat-tempat lain di Tanah Melayu di masa itu, ia digunakan untuk membawa barang-barang komiditi seperti getah, hasil pertanian dan emas selain membawa penumpang.

Di sepanjang perjalanan dari pekan Kuala Pilah, keretapi ini akan berhenti di Pelangai, Juasseh dan Jempol sebelum sampai ke Bahau.

Stesen Keretapi Kuala Pilah Yang Telah Hilang

Tapak balai raya Kampung Pelangai, dahulu merupakan sebuah stesen kereta api. – Foto Utusan Malaysia

Stesen Keretapi Kuala Pilah Yang Telah Hilang

Stesen Keretapi Bahau

Keretapi enjin wap yang menggunakan bahan bakar arang batu itu kemudiannya telah ditamatkan perkhidmatannya menjelang Perang Dunia Kedua iaitu kira-kira pada tahun 1939. Sungghuhpun perkhidmatan kereta api ini telah lama ditamatkan tetapi kesan peninggalan beberapa bangunan Stesen kereta api Kuala Pilah ini masih lagi dapat dilihat hingga ke hari ini

Tempat menjual tiket masih ada hingga sekarang dan kini sudah menjadi tempat menjual akhbar, manakala sebuah bangunan yang dulu menjadi tempat membaiki gerabak kini dijadikan premis perniagaan yang disewa oleh pengusaha kedai makan dan syarikat percetakan.

Selain itu salah satu kesan yang nyata dapat dilihat adalah menerusi bekas landasan kereta api ini dan kini sudah ditar menjadi laluan alternatif menghubungkan Kuala Pilah dengan Bahau melalui beberapa buah perkampungan seperti Kampung Sawah Lebar dan Kampung Pelangai.Dapat dilihat jalan ini agak lurus kerana dibina di atas bekas jalan keretapi.

Kereta api di Kuala Pilah juga turut membawa hasil bijih timah yang terdapat di Parit Tinggi, Kayu Ara di Jemapoh dan beberapa hasil hutan seperti damar dan padi. Segala hasil ini dikutip dari kawasan pedalaman dan akan dibawa menggunakan kereta lembu sebelum diangkut menaiki kereta api untuk dibawa ke Bahau.

Stesen Keretapi Kuala Pilah Yang Telah Hilang

Bangunan asal stesen Keretapi Kuala Pilah – Gambar 24 Oktober 2011

Stesen Keretapi Kuala Pilah Yang Telah Hilang Stesen Keretapi Kuala Pilah Yang Telah Hilang

Bangunan asal stesen Keretapi Kuala Pilah – Gambar 3 Mac 2013

“Sesungguhnya laluan ini adalah laluan terpenting pada ketika itu dan menjadi tarikan penting kepada British dan juga penduduk Kuala Pilah- Bahau. Dan tidak hairanlah, Kuala Pliah juga antara pekan yang maju di Negeri Sembilan dari segi kegiatan ekonomi pada ketika itu.

“Landasan tersebut bukan sahaja membawa keuntungan kepada Inggeris malah penduduk Kuala Pilah juga. ‘‘Ia terbukti dengan kewujudan Pekan Rabu yang menjadi lokasi penjualan hasil tempatan dari kawasan pedalaman. Pekan Rabu ini wujud di tepi sepanjang landasan di Pekan Pelangai hingga sekarang.

Stesen Keretapi Kuala Pilah Yang Telah Hilang

Lorong atau jalan yang menghala kearah Masjid Jamek Kuala Pilah ini adalah bekas landasan keretapi untuk masuk ke Stesen Keretapi Kuala Pilah

Stesen Keretapi Kuala Pilah Yang Telah Hilang

Disini merupakan bekas tapak workshop serta gudang keretapi bagi Stesen Keretapi Kuala Pilah. Sekarang ia telah dirobohkan bagi memberi laluan pembinaan Pasar Baru Kuala Pilah

Walaubagaimanapun perkhidmatan kereta api ini telah ditutup pada 1929 apabila Tuanku Muhammad bertitah lombong yang dibuka di Parit Tinggi dan Jemapoh banyak merosakan tanaman padi serta menjejaskan alam sekitar. Ia juga turut diakui oleh pihak British sendiri pada ketika itu.

Dan pada zaman pemerintahan Jepun pula iaitu sekitar tahun 1945, besi-besi landasan kereta api Kuala Pilah- Bahau telah dipunggah untuk dibawa ke Burma bagi membina landasan kereta api maut Siam-Burma.

Sehubungan itu, diharap peninggalan bangunan dan bekas stesen di Kuala Pilah itu dapatlah dipelihara kerana ia merupakan antara tinggalan sejarah yang terdapat di negeri ini. Mungkin sebuah Muzium kereta api boleh dibangunkan di Kuala Pilah sebagai satu tarikan pelancong. ‘‘Kita tidak mahu kesan sejarah ini pupus kerana pembangunan yang pesat. Kita wajar belajar menghargai monumen sejarah dan pelihara tempat bersejarah ini.

Stesen Keretapi Kuala Pilah Yang Telah Hilang

Sumber -aliasmohdyusof.blogspot.my (Perkhidmatan keretapi pernah ada di Kuala Pilah); Utusan Online (14 November 2013)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.