Sifat Murah Hati Pemuda Dari Kuala Pilah Untuk Habiskan Buah Langsat Di Kebunnya

Seorang pemuda dari Kuala Pilah mempelawa orang ramai yang datang/singgah ke Kuala Pilah sempena cuti sekolah minggu depan ini untuk pergi ke kebun buah miliknya. Ini kerana beliau berbesar hati untuk memberikan buah langsat untuk dimakan sehingga puas secara percuma.

en khamaruzaman yusof buah langsat kuala pilah

En Khamaruzaman Yusof yang merupakan pemilik kebun ini berkata pada minggu itu beliau tidak ada di Kuala Pilah kerana bermusafir ke Bangkok dan Utara Thailand. Jadi beliau tidak tahu bila akan pulang. Disebabkan itu beliau mengambil keputusan untuk mempelawa orang ramai untuk makan buah langsat di kebunnya ini.

Di kebun En Khamaruzaman terdapat kira-kira 53 batang pokok langsat yang lebat buahnya. Tetapi mereka yang hendak makan buah ini perlulah memanjat pokok berkenaan sendiri. Tapi tidak perlulah risau kerana pokoknya disini tidak terlalu tinggi untuk dipanjat.

en khamaruzaman yusof buah langsat kuala pilah

Menurut En Khamaruzaman lagi, dengan jumlah pokok yang ditanamnya disini sejak tahun 1992 lagi, ia sudah cukup untuk mereka yang datang untuk makan buah disini. Walaubagaimanapun ada peringatan lain sekiranya sesiapa yang berhajat untuk datang makan buah disini.

en khamaruzaman yusof buah langsat kuala pilah

Pertama mereka yang datang ke kebunnnya, dilarang sama sekali untuk mengambil buah langsat itu untuk tujuan menjualnya. Beliau lebih rela buah tersebut dimakan sehingga habis daripada dijual.
Yang kedua pula, beliau mengamanahkan orang ramai supaya tidak mengambil buah durian rendah yang ditanamnya disini dan yang ketiga pula, beliau meminta orang ramai tidak mengganggu atau mengambil sarang kelulutnya. Lagipun jaga-jaga ada kawalan CCTV disana.=)

Untuk mereka yang datang/singgah ke Kuala Pilah bolehlah singgah ke kebun Mr Khamaruzaman di alamat 20a, Kampung Bukit, Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.