Seorang Maut, Kereta Terbabas Di KM228.2, Lebuhraya Utara-Selatan

REMBAU, 1 Jan – Seorang remaja maut dan rakan wanitanya cedera parah selepas terbabit dalam kejadian di kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Selatan), di sini, pagi tadi.

Seorang Maut, Kereta Terbabas Di Lebuhraya Utara-Selatan

Salah seorang yang maut dalam nahas tersebut. Foto – MEDIA #DTTB

Dalam kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai Pegawai Bomba, Abdul Hakim Awang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 9.03 pagi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fuad Majid, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 9.20 pagi.

Seorang Maut, Kereta Terbabas Di Lebuhraya Utara-Selatan Seorang Maut, Kereta Terbabas Di Lebuhraya Utara-Selatan

“Sebaik tiba di lokasi kedua-dua mangsa masih berada dalam kereta. Kita mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa.

“Remaja perempuan berusia 20 tahun cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala remaja lelaki pula, T Sharvin,19, disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, tadi.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (1 JANUARI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.