Dimanakah Makam Raja Melewar Sebenarnya?

Baru-baru ini terdapat satu artikel daripada akhbar Sinar Harian bertarikh 3 APRIL 2017 yang membincangkan kedudukan sebenarnya makam Raja Melewar Di Negeri Sembilan oleh salah seorang pensyarah daripada Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Mohd Rosli Saludin. Beliau mendakwa makam yang berada di tepi sungai Kampung Mertang, Seri Menanti adalah milik Raja Melewar.

Dimanakah Makam Raja Melewar Sebenarnya

Menurut beliau makam Raja Melewar yang terdapat di Rembau itu sebenarnya adalah kepunyaan orang kirinya. Ini kerana pada zaman kepahlawanan dahulu, setiap pembesar melantik orang kiri dan kanan yang mempunyai mirip wajah yang seakan serupa dengan baginda. Ia dilakukan sebagai langkah keselamatan, selain bertujuan mengelirukan musuh.

Dimanakah Makam Raja Melewar Sebenarnya

Walaubagaimanapun, dakwaan tersebut telah disangkal oleh Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan, Hishamuddin Mustafa yang menyatakan pendirian bahawa makam yang terdapat di Rembau sememangnya milik Raja Melewar. Hishamuddin berkata makam itu juga telah disahkan oleh panel penyelidikan beberapa ahli sejarah dan tokoh-tokoh adat dalam negeri ini seperti Undang Yang Empat serta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ia juga telah diiktiraf oleh Jabatan Warisan Negara, malah menjadi ikonik tapak warisan di Rembau.

Dimanakah Makam Raja Melewar Sebenarnya

Menurut Hishamudin lagi, makam yang ditunjukkan Rosli itu adalah makam Tok Putih. Ia adalah seorang ulama yang merupakan orang terawal yang membuka penempatan di Kampung Mertang Galau. Dalam masa yang sama, makam yang ditunjukkan Rosli itu juga berada di belakang rumah ibu bapa di kampung Hishamudin dan pernah dimaklumkan kepada beliau hal itu oleh arwah datuk dan ayahnya.

Artikel yang berkaitan:
Sejarah Raja Melewar Yang di-Pertuan Besar Pertama Negeri Sembilan
Kisah Kesetiaan Penghulu Naam Memperjuangkan Kedaulatan Rajanya

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.