Sejarah Penubuhan Pasukan Polis Negeri Sembilan

Apabila sistem Residen diperkenalkan dalam tahun 1875 di Sungai Ujong, seorang Penolong Residen, iaitu Kapten Tatham, ditempatkan di sana, tetapi perlantikan itu adalah sementara dan beliau kemudiannya digantikan dengan Kapten P.J. Murray, R. N.

sejarah penubuhan pasukan polis negeri sembilan

Murray bertanggungjawab membentuk pasukan polis di Sungai Ujong. Walaupun pasukan polis ini kecil tetapi organisasinya sememangnya kemas. Pasukan polis Sungai Ujong kebanyakkanya dianggotai oleh kaum Sikh. Tugas Polis pada ketika itu bercorak ketenteraan sementara anggota Melayu ditugaskan sebagai pemungut hasil. Kebanyakan balai polis yang mula-mula didirikan dilengkapi dengan kubu-kubu terutamanya di daerah-daerah terpencil.

sejarah penubuhan pasukan polis negeri sembilan sejarah penubuhan pasukan polis negeri sembilan

Satu kejadian penting yang melibatkan peranan polis ialah pergaduhan di Terachi pada tahun 1875 iaitu kejadian yang mana tercetusnya Peperangan Bukit Putus. Dalam kejadian itu, sekumpulan orang melayu bangun menentang penjajah British tetapi polis telah menumpaskan mereka di Bukit Putus pada Disember 1875. Pasukan tentera yang sebahagian besarnya dianggotai oleh bangsa Gurkha yang didatangkan dari Melaka bertanggungjawab mematahkan penentangan tersebut. Satu pertubuhan pasukan polis yang diketuai oleh dua pegawai, Bird dan Skinner, turut sama dalam operasi tersebut.

sejarah penubuhan pasukan polis negeri sembilan sejarah penubuhan pasukan polis negeri sembilan

Orang Eropah yang pertama dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan ialah W.W .Douglas (1881). Jawatannya dikenali sebagai Penguasa polis dan penjara, Sungai Ujong. Menjelang tahun 1880 pasukan polis Sungai Ujong dianggotai oleh 100 anggota yang kesemuanya Melayu kecuali beberapa orang Jawa.

sejarah penubuhan pasukan polis negeri sembilan sejarah penubuhan pasukan polis negeri sembilan sejarah penubuhan pasukan polis negeri sembilan

Pada tahun 1889 pula, seorang Inspektor Eropah, Hennesey telah ditukarkan dari Jelebu ke Sungai Ujong. Pada tahun 1890 kekuatan pasukan polis ini terdiri daripada 36 orang Melayu dan 13 Sikh. Anggota pasukan ini meningkat ke 66 orang melayu dan 20 Sikh dalam tahun 1892. Pada tahun 1891 Douglas menyerahkan kepimpinan pasukan polis Sungai Ujong kepada H.W. Bathurst yang kemudiannya digantikan oleh F. W .Talbot tidak lama kemudiannya. Semasa pimpinan Talbot kedua-dua pasukan polis yang wujud di Negeri Sembilan ini disatukan dibawah satu pentadbiran. Pasukan Polis Negeri Sembilan ini kemudiannya berkembang pesat sehinggalah bergabung dengan pasukan polis negeri-negeri melayu Bersekutu.

Baca artikel Sejarah Peperangan Bukit Putus

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.