Sejarah Labu, Negeri Sembilan Dan Pembangunannya

Labu adalah sebuah bandar kecil yang terletak dalam daerah Seremban di Negeri Sembilan, Malaysia. Bandar ini terletak di antara bandar Seremban dengan Nilai. Stesen Komuter Labu, terletak di bandar Labu. Stesen ini menghubungkan Rawang-Seremban dan sepanjang laluannya berhenti di beberapa stesen seperti Mid Valley dan KL Sentral.

Sejarah Labu, Negeri Sembilan Dan Pembangunannya

Peta kawasan Labu

Menurut catatan buku susunan Datuk Abdul Samad Idris, ‘Negeri Sembilan dan Sejarahnya’ Labu telah dibuka ketika era pemerintahan Datuk Undang Sungai Ujong Kelapan, Y.A.M Dato’ Klana Petra Sri Jaya, Dato’ Kelana Leha (1780-1800 masehi). Dato’ Kelana Leha telah memberi kebenaran kepada Dato’ Mangkun untuk membuka Labu. Beliau telah diberi gelaran “Dato’ Bergajah Tunggal”.

Sejarah Labu, Negeri Sembilan Dan Pembangunannya

Stesen Komuter Labu

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Labu menjadi salah satu tempat yang menjadi markas tentera Jepun. Ini memandangkan terdapatnya landasan keretapi yang menjadi penghubung antara utara dan selatan. Terdapat banyak kubu di sekitar kawasan stesyen Labu. Walaubagaimanapun, dengan pembinaan landasan keretapi berkembar pada tahun 1995, kesan – kesan ini telah terhapus.

Labu juga pernah menjadi tempat mendaratnya helikopter yang membawa presiden Amerika Syarikat Lyndon B. Johnson sempena lawatan beliau ke Felda yang baru dibuka disana dan dari situlah nama Felda LBJ diberikan dimana ia dinamakan sempena nama beliau. Selain itu disini juga terdapat kampung baru Cina yan merupakan peninggalan bekas darurat.

Felda LBJ

Sejarah Labu, Negeri Sembilan Dan Pembangunannya

Jeram Tebrau, Labu

Terdapat tempat-tempat menarik yang perlu dilawati oleh orang ramai seperti Homestay Kampung Pelegong yang menyediakan perayaan pesta buah-buahan setahun sekali. Terdapat juga jeram yang begitu sejuk airnya dikenali sebagai Jeram Tebrau. Bagi yang meminati untuk mengkaji kehidupan masyarakat peribumi Orang Asli, boleh menjejaki perkampungan mereka di Kampung Tekir.

Sejarah Labu, Negeri Sembilan Dan Pembangunannya

Peta kawasan rancangan pembinaan Stesen HSR serta Pengkalan TUDM di Labu

Di Labu juga bakal menjadi Pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang baru bagi menggantikan pengkalan Tentera Udara di Sungai Besi serta pembinaan Stesen Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) disini pada masa akan datang.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.