Sejarah Kota Simpang Di Sungai Linggi

Kota Simpang adalah sebuah kota pertahanan yang terletak di Simpang yang merupakan pertemuan dua cabang Sungai Linggi iaitu Sungai Batang Penajis yang menghala ke wilayah Rembau dan Sungai Batang Benar yang menghala ke Wilayah Linggi dan Sungai Ujong.

Dari kuala Sungai Linggi atau Kampung Kuala Linggi jaraknya 5.5 batu sekiranya mudik ke hulu: Tetapi memakan masa 15 minit sekiranya menghilir bot ke kuala dari pekan Pengkalan Kempas. Pengkalan Kempas merupakan sebuah pelabuhan lama di tebing kiri Sungai Linggi.

Sejarah Kota Simpang Di Sungai Linggi

Lokasi Kota Simpang di persimpangan 1 batang sungai yang mengalir.

Kota Simpang dibina daripada batu dan tanah liat. Ia berbentuk segiempat bujur, 530 kaki panjang dan 210 kaki lebar. Tingginya pula 8 kaki dan dikelilingi oleh parit sedalam 8 kaki dan selebar 21 kaki. Kota ini pada mulanya telah ditemui semula oleh Pegawai Daerah Alor Gajah, Melaka pada tahun 1934.

Sejarah Kota Simpang Di Sungai Linggi

Lokasi Kota Simpang dalam GoogleMaps

Sejarah Pembinaan Kota Simpang

Sebelum wujudnya Kota Simpang, telahpun wujud beberapa kubu pertahanan disekitar Simpang. Ia dibina oleh Raja Ali yang diiktiraf oleh Inggeris sebagai Yang Dipertuan Rembau ketika itu iaitu selepas tamatnya Perang Naning pada 1833 bagi menguatkan kawalannya di Sungai Linggi. Raja Ali mengenakan cukai seringgit bagi setiap bahara timah yang dibawa dari Sungai Ujong melalui Sungai Linggi ke Melaka.

Peperangan juga telah berlaku antara Raja Ali dan Syed Syaaban di suatu pihak dengan Dato’ Mohd Kattas (Dato’ Muda Linggi) yang dibantu oleh Dato Kelana Kawal (Dato’ Kelana Sungai Ujong) dan Raja Radin disuatu pihak lain. Walaubagaimanapun, Syed Syaaban dan Raja Ali telah dikalahkan pada 1833 itu juga.

Sejarah Kota Simpang Di Sungai Linggi

Sisa runtuhan Kota Simpang yang tinggal di Kampung Simpang Linggi.

Selepas peperangan itu, Sungai menjadi aman seketika sehinggalah pada tahun 1855 iaitu semasa Dato’ Kelana Kawal dan Dato’ Muda Mohd Kattas meninggal dunia. Dalam tahun itu juga, 3 orang dari Rembau iaitu Dato’ Kanda (anak kepada Dato’ Bandar Haji Mohd Salleh), Syed Ahman (anak saudara Syed Syaaban) dan Haji Mohd Salleh telah membina sekatan-sekatan di Sungai Linggi bagi memungut cukai. Langkah tersebut juga mendapat sokongan oleh Dato’ Undang Rembau pada ketika itu.

Tindakan tersebut telah mengganggu perdagangan bijih timah saudagar-saudagar Negeri Selat di Melaka sehingga membawa kepada campurtangan Kerajaan Inggeris. Akhirnya pihak Inggiris telah berjaya memanggil pihak-pihak yang terlibat iaitu Dato’ Kelana Sendeng (Sungai Ujong), Dato’ Muda Haji Mohd Salleh (Linggi), dan Dato’ Sedia Raja Akhir, Undang Rembau serta ketua-ketua suku (buapak) dari Luak Rembau. Hasil daripada pertemuan itu, satu keputusan telah dibuat dimana Dato’ Muda Linggi diberi kuasa memungut cukai di Sungai Linggi dan segala sekatan di Sungai Linggi dihapuskan.

Sejarah Kota Simpang Di Sungai Linggi

Sungai yang menjadi rebutan oleh pelbagai kuasa besar suatu ketika dahulu.

Pada 1865, satu konflik telah timbul diantara Dato’ Undang Rembau dengan Dato’ Kelana Sendeng Sungai Ujong atas sebab-sebab merebut cukai di Sungai Linggi. Keadan menjadi tidak aman sekali lagi di Sungai Linggi. Dalam tahun 1872, Dato’ Undang Rembau meninggal dunia. Dato’ Haji Mohd Sahil sebagai bakal Undang Rembau telah membantah perbuatan Dato’ Muda Linggi, Haji Mohd. Salleh yang membina Kota di Simpang. Disebabkan itu, beliau telah menyerang dan menawan Kota Simpang dan menguasainya hingga 1874.

Daripada konflik tersebut, ini membuktikan bahawa Kota Simpang telahpun dibina oleh orang-orang Linggi atas kehendak arahan Dato Muda Linggi untuk menjaga kestabilan perdagangan bijih timah diantara Sungai Ujong dengan Negeri-negeri Selat yang menggunakan SUngai Linggi sebagai jalan pengangkutan utama.

Haji MUbin Sheppard dalam bukunya bertajuk ‘Malayan Fort’ terbitan ‘The Director of Museum Faderation of Malaya, 1961’ memberi penjelasan yang amat ringakt tentang pergolakan-pergolakan politik yang berlaku di Simpang sekitar 1870an dan 1860an. Walaubagaimanapun, ia tidak menjelaskan siapakah yang telah membina Kota Simpang itu sebenarnya.

Kepentingan Kota Simpang Lain

Dari segi kepentingan sejarah tempatan dan sejarah Malaysia, Sungai Linggi bukan sahaja telah menjadi rebutan oleh institusi politik dari Rembau dan Sungai Ujong, malahan Raja Mahadi dan Tengku Kudin dari Selangor juga berminat dengan Sungai Linggi ini memandangkan ia memainkan peranan yang strategik kepada kedudukan pertahanan dan kemenangan mereka di Selangor pada 1870. Akibat daripada peristiwa itu juga telah mempercepatkan campurtangan Ingggiris di Selangor dan Sungai Ujong pada 1874.

Pada 1870, Tengku Kudin dalam usahanya untuk memenangi peperangan di Selangor menentang Raja Mahadi telah mengikat suatu perjanjian dengan Rembau. Tengku Kudin juga menyokong tuntutan Rembau yang ingin menguasai Simpang.

Julai 1872, Dato’ Shahbandar Sungai Ujong telah membantu dan membenarkan Raja Mahadi menggunakan Sungai Linggi untuk pergi ke Ulu Kelang. Sebagai tindakbalas, Tengku Kudin menduduki Simpang pada 1872. Tujuannya adalah menyekat kemaraan Raja Mahadi di Sungai Linggi.

Akibat tindakan Tengku Kudin, keadaan politik di Sungai Ujong dan di Sungai Linggi menjadi tidak stabil. Permusuhan juga berlaku antara Tengku Kudin dengan Sungai Ujong. Awal tahun 1873, Tengku Kudin telah menyerang Sungai Ujong disebabkan Syeh Abdul Rahman, Dato’ Kelana Putera Sungai Ujong telah melindungi Raja Mahadi di Sungai Ujong. Hal tersebut telah membawa gangguan sekali lagi perdagangan bijih timah di Sungai Linggi. Bekalan bijih timah yang diterima oleh saudagar-saudagar Negeri Selat juga terganggu.

Pada 21 April 1874, Inggeris telah berjaya campurtangan di Sungai Ujong secara rasmi. Suatu perjanjian telah dibuat pada waktu itu. Ini telah memberi kesempatan yang lebih luas kepada Inggeris menguasai seluruh Negeri Sembolan. Selepas mengalami beberapa proses penguasaan maka pada 1888, Inggeris berjaya menguasai seluruh Negeri Sembilan.

Sejarah Kota Simpang Di Sungai Linggi

Beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh En. Nurman Mohd Baroldin

Sejarah Kota Simpang Di Sungai Linggi Sejarah Kota Simpang Di Sungai Linggi Sejarah Kota Simpang Di Sungai Linggi Sejarah Kota Simpang Di Sungai Linggi Sejarah Kota Simpang Di Sungai Linggi Sejarah Kota Simpang Di Sungai Linggi Sejarah Kota Simpang Di Sungai Linggi Sejarah Kota Simpang Di Sungai Linggi Sejarah Kota Simpang Di Sungai Linggi

SUMBER – Petikan artikel daripada Majalah Warisan, Persatuan Sejarah Negeri Sembilan, 1981. Penulisan Abdul Aziz Bin Salleh (Kota Simpang); Gambar perkongsian FB, Nurman Mohd Baroldin (April, 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.