Sejarah Kampung Jeram Panjang, Jempol, Titik Lokasi 3 Negeri

Siapa sangka Kampung Jeram Panjang, Jempol yang dibuka lebih daripada 100 tahun lalu sebenarnya adalah kawasan yang bersempadan dengan tiga negeri iaitu Pahang, Johor dan Negeri Sembilan.

Sejarah Kampung Jeram Panjang, Jempol, Titik Lokasi 3 Negeri

Peta kawasan Kampung Jeram Panjang yang berada di sempadan 3 negeri.

Perkampungan ini pada mulanya diteroka pada tahun 1926 oleh Batin Anjang bersama 3 keluarga yang lain dari Bera, Pahang. Keluarga ini kemudiannya meninggalkan kediaman mereka ketika Tentera Jepun menakluki Tanah Melayu pada tahun 1945. Kampung ini diberi nama sempena Jeram sungai yang sedia ada serta kaitan nama Batin Anjang selaku peneroka awal kampung ini.

Selepas Tentera Jepun menyerah kalah, sekumpulan peneroka baru yang diketuai oleh Batin Itam iaitu anak kepada Batin Anjang telah membuka semula penempatan di kampung ini. Bagi menambahkan lagi penduduk beliau telah membawa bersama rakan-rakan beliau dari Tasik Bera ke sini.

Sejarah Kampung Jeram Panjang, Jempol, Titik Lokasi 3 Negeri

Balai Raya pertama sekitar tahun 60an.

Selepas kematian batin Itam pada tahun 1960 kepimpinan kampung ini telah diambil alih oleh Batin Sani bin Ahmad. Semasa kepimpinan beliau kampung ini terus menerima penambahan bilangan penduduk yang semakin ramai dengan kehadiran penduduk yang baru dari Melaka,Pahang,Johor dan juga Perlis.

Kepimpinan Batin Sani boleh dianggap sebagai permulaan kepada wajah baru pembangunan dan kemajuan di kampung ini.Semasa itulah kampung ini mula menikmati kemudahan asas seperti jalan tar,bekalan letrik dan air paip.

Sejarah Kampung Jeram Panjang, Jempol, Titik Lokasi 3 Negeri

Kelas tabika pertama sekitar 80an

Sejarah Kampung Jeram Panjang, Jempol, Titik Lokasi 3 Negeri

Jambatan pertama yang dibina penduduk kampung

Kampung ini diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pada mulanya. Kemudian diambil alih pentadiran oleh Pejabat Daerah Jempol sehinggalah ke hari ini. Melalui Pentadbiran Daerah kampung ini terus menikmati arus kemajuan dan pembangunan yang pesat dan amat membanggakan.

Kampung ini juga merupakan satu-satunya kampung tradisional di dalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Palong yang mana lain-lain kampungnya disekelilingnya merupakan perkampungan tanah rancangan FELDA (dibuka sekitar tahun 70an).

Sejarah Kampung Jeram Panjang, Jempol, Titik Lokasi 3 Negeri

Taman Reakrasi D’Amaya di kawasan Sungai Jeram Panjang

Sejarah Kampung Jeram Panjang, Jempol, Titik Lokasi 3 Negeri

Sungai Jeram Panjang

Sejarah Kampung Jeram Panjang, Jempol, Titik Lokasi 3 Negeri

Dato Dr Haji Lilah Bin Haji Yasin Adun Palong (berbaju hitam) merasmikan Karnival D’ Amaya baru-baru ini. Beliau banyak membantu dalam membangunkan serta memperkenalkan Kampung Jeram Panjang kepada umum

Sejak daripada itu, pembangunan di sekitar kampung ini semakin rancak dibangunkan termasuklah pembinaan semula taman reakrasi D’Amaya yang sebelum ini dikenali sebagai taman reakrasi Jeram Panjang yang merupakan salah satu produk pelancongan yang terdapat disini.

Berdekatan dengan kampung ini, wujudnya batu sempadan yang dikatakan sebagai titik pertemuan 3 Negeri iaitu Negeri Sembilan, Johor dan Pahang. Sebenarnya batu sempadan ini telah ditemui oleh penduduk kampung sebelum pegawai dari Jabatan Tanah dan Daerah Jempol mengesahkan ia adalah batu sempadan yang membabitkan 3 negeri.

Sejarah Kampung Jeram Panjang, Jempol, Titik Lokasi 3 Negeri

Batu sempadan yang dijumpai penduduk kampung. Yang berpayung itu berdiri di Negeri Pahang (berdekatan dengan Kampung Pasal, Bera); Yang berbaju biru cair itu berdiri di Negeri Sembilan (Kampung Jeram Panjang, Jempol); Yang berbaju ungu itu berdiri di Negeri Johor (Daerah Segamat

Menurut Adun Palong, Datuk Lilah Yasin, sebuah mercu tanda akan dibina di tapak batu sempadan ini. Ia sebagai lambang identiti bagi 3 negeri iaitu Negeri Sembilan, Pahang dan Johor. Usaha tersebut dilihat mampu menjadikan kawasan Kampung Jeram Panjang ini sebagai kawasan pelancongan barasaskan pendidikan yang mengandungi elemen sejara, geografi, sains dan alam sekitar.

Mercu tanda ini yang akan dibina ini juga akan menjadi sebahagian daripada produk pelancongan yang terdapat di Jempol selain daripada kawasan perkelahan di Taman Reakrasi D’Amaya di Sungai Jeram Panjang. Diharap setelah siap, ia kan menjadi suatu produk pelancongan yang lengkap di Kampung Jeram Panjang ini.

Sejarah Kampung Jeram Panjang, Jempol, Titik Lokasi 3 Negeri

Balai Raya baru Kampung Jeram Panjang

Sejarah Kampung Jeram Panjang, Jempol, Titik Lokasi 3 Negeri

Masjid Kampung Jeram Panjang

[ARTIKEL BERKAITAN: (RAKAMAN) Pengalaman Seram Tahun 1976 Di Kampung Jeram Panjang]

Sumber – 3 Negeri Dalam Satu Kawasan (Sinar Harian, Nov 2017); kkkjerampanjang.blogspot.my (Sejarah Kampung, 24 Mac 2012)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.