Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan

Istana Ampang Tinggi merupakan istana Yamtuan Ulin, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke-5 (1861-1869) atau lebih dikenali dengan gelaran Yamtuan Imam. Istana ini siap dibina pada tahun 1865. Tapak asal istana ini terletak di kawasan tanah padi di Kampung Ampang Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan

Bangunan istana ini tidak dibina menggunakan sebarang paku sebaliknya menggunakan teknik tarahan tanggam serta pasak yang digunakan untuk menyambung antara kayu yang amat popular dalam senibina melayu lama. Istana ini juga diukir oleh beberapa tukang ukir Melayu pada ketika itu. Ukiran ‘awan berarak’ terdapat pada dinding pemisah ruang serambi dengan ruang tengah sepanjang 914cm dan tinggi 305cm. Ukiran-ukiran lain juga terdapat pada pintu, tingkap, tangga, bendul, tupai-tupai, bilik dan serambi.

Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan

Istana Ampang Tinggi siap dibina dan diduduki oleh Yamtuan Ulin pada tahun 1865. Kemudian istana ini dihadiahkannya kepada puteri baginda yang bernama Tunku Cindai yang berkahwin dengan Tunku Muda Chik, putera Yamtuan Radin (1824-1861). Setelah kemangkatan Yamtuan Ulin pada tahun 1869, Tunku Muda Chik dan isterinya mendiami istana ini. Istana ini kedudukannya kira-kira jauhnya enam batu dari Seri Menanti. Penambahan lebih banyak panel berukir telah dilakukan oleh Tengku Muda Chik dan seterusnya menetap di situ bersama dengan isterinya.

Seterusnya istana ini menjadi milik puteri Tunku Muda Chik yang bernama Tunku Halijah. Baginda merupakan permaisuri Tuanku Muhammad iaitu Yamtuan Seri Menanti yang ke-7 (1888-1933). Selepas kemangkatan Tunku Halijah pada tahun 1921, istana ini didiami oleh kaum keluarga Tunku Muda Chik dari semasa ke semasa. Selepas pada itu, ia tidak lagi dihuni secara tetap dan istana itu terbiar begitu sahaja tanpa diperbaiki langsung bermula kira-kira tahun 1930.

Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan

Pada tahun 1953, kebenaran telah diberikan oleh Tunku Abdul Rahman, Yamtuan ke-8 agar istana Ampang Tinggi yang semakin usang ini dibuka dan dipindahkan ke Seremban. Bangunan istana yang dipindahkan itu ialah komponen rumah ibu dan rumah tengah. Istana ini siap dibina semula pada tahun 1954 dan dijadikan Muzium Negeri oleh Jeneral Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu.

Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan Sejarah Istana Ampang Tinggi Di Muzium Negeri Sembilan

Apabila Kompleks Budaya Negeri Sembilan (Di tapak Muzium Negeri Sembilan sekarang) siap pembinaanya pada tahun 1980, Istana Ampang Tinggi sekali lagi dipindahkan ke kompleks tersebut. Istana Ampang Tinggi merupakan istana raja-raja Melayu yang dianggap tertua yang masih dikekalkan hingga sekarang. Bangunan istana ini dijadikan sebagai tempat mempamerkan pelbagai khazanah budaya Melayu Negeri Sembilan dan merupakan sebahagian daripada Muzium Negeri Sembilan. Ia juga turut diangkat sebagai bangunan warisan pada tahun 2013 di bawah peruntukan Akta Warisan 2005. – Sumber malaycivilization.ukm.my (Istana Lima Laras), lmns.ns.gov.my, mypt3.com, prettyaida.blogspot.my

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.