Sejarah Disebalik Tugu Martin Lister & Jalan Tung Yen di Kuala Pilah

Sekiranya anda melalui jalan utama dari pekan Kuala Pilah menghala ke Bahau, anda akan terpandang sebuah gerbang berunsurkan senibina Cina betul-betul bersebelahan dengan jalan utama tersebut. Mungkin ramai yang berpendapat gerbang Cina ini merupakan sebahagian daripada tokong/tempat ibadat bagi penganut Cina. Walaubagaimanapun ia sebenarnya adalah sebuah tugu yang didirikan sempena Residen British pertama di Negeri Sembilan iaitu Martin Lister.

Kisah Disebalik Tugu Martin Lister & Jalan Tung Yen di Kuala Pilah

Mengapa tugu Inggeris ini dibina? Apakah kepentingannya?
Mungkin banyak persoalan ini timbul sedangkan apa signifikasinya membina tugu tersebut untuk penjajah Inggeris. Sebenarnya tugu tersebut telah dibina oleh Tung Yen sebagai memperingati jasa Martin Lister yang pernah berada disitu untuk meredakan konflik ganas antara kongsi gelap Cina yang kemudian berleluasa di kalangan penduduk Cina asing.

Akan tetapi pada tahun 1897 dimana 2 tahun selepas perkhidmatan beliau sebagai Residen British di Negeri Sembilan, beliau telah mati semasa dalam perjalanan pulang ke Englang akibat daripada ‘keracunan darah’. Dipercayai beliau diracun sewaktu beliau menjelajah hutan di Negeri Sembilan.Untuk pengetahuan anda, Martin Lister juga merupakan orang yang bertanggungjawab dalam penyatuan daerah/luak di Negeri Sembilan yang ada sekarang.

Kisah Disebalik Tugu Martin Lister & Jalan Tung Yen di Kuala Pilah

Siapa Tung Yen yang membina Tugu ini?
Pada zaman pemerintahan british, beliau merupakan seorang taikun cina yang berpengaruh di Kuala Pilah. Tung Yen atau lebih dikenali dengan nama Mr Teng Che Yu dilahirkan pada 1867 di Kwang Tung, China. Beliau kemudiannya datang ke Kuala Pilah pada lewat tahun 1900s untuk mengendalikan perusahaan perlombangan bijih timah di kawasan Parit Tinggi.

Kisah Disebalik Tugu Martin Lister & Jalan Tung Yen di Kuala Pilah

Beliau juga merupakan salah seorang pemimpin Koumintang di China (Parti Kebangsaan China yang membentuk Republik China atau dikenali sebagai Taiwan sekarang) serta mewakili dan mengetuai masyarakt Cina di Kuala Pilah. Beliau cukup berpengaruh dikalangan pemerintah Inggeris sehinggakan pernah suatu ketika beliau berjaya mendapatkan tanah untuk perkuburan Cina di Parit Tinggi hasil rundingan beliau dengan British.

Pada tahun 1920, akhirnya beliau pulang semula ke negara asal dimana Sun Yat Sen, pengasas parti Kuomintang (Presiden Republik Cina atau Taiwan pada ketika itu) meminta beliau untuk menjadi Warden lombong di Wilayah Kwangtung, China.

Pada Disember 1934, beliau telah meninggal di China akibat radang paru-paru. Atas jasa beliau yang banyak membantu dalam perkembangan kemajuan Kuala Pilah pada ketika itu, sebatang jalan di Kuala Pilah (Jalan Tung Yen) telah dinamakan dengan nama beliau. (the Straits Times of 26 December 1934, Halaman 10).

Sumber – pilah196.blogspot.my, www.mdkp.gov.my, www.nstourism.com.my

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.