Sejarah Battle Of Cape Rachado Di Perairan Tanjung Tuan Port Dickson

Cape Rachado merupakan perkataan dalam bahasa Portugis. Dalam bahasa Inggeris pula, ia bermaksud “broken cape” kerana kedudukan sebenarnya terputus dari daratan negeri Melaka yang ketika itu di bawah pentadbiran Portugis. Sekarang, Cape Rachado lebih dikenali dengan nama Tanjung Tuan.

Sejarah Battle Of Cape Rachado Di Perairan Tanjung Tuan Port Dickson

Dari puncak bukit di Cape Rachado suatu ketika dahulu pernah menjadi saksi kepada sebuah pertempuran yang dasyat pernah berlaku di tengah laut Selat Melaka. Peperangan yang berlaku di situ merupakan peristiwa penting dalam sejarah Tanjung Tuan di Port Dickson, Negeri Sembilan

Pertempuran yang dikenali dengan gelaran The Battle Of Cape Rachado ini berlaku sekitar 16-18 Ogos 1606. Pada ketika itu, Melaka masih lagi di bawah jajahan Portugis, sementara Belanda ketika itu cuba merampas Melaka daripadanya.

Sejarah Battle Of Cape Rachado Di Perairan Tanjung Tuan Port Dickson Sejarah Battle Of Cape Rachado Di Perairan Tanjung Tuan Port Dickson

Belanda yang diwakili oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) telah menghantar 11 kapal Perang dari Holland yang diketuai oleh Matelief de Jonge pada pertengahan 1605 bagi menghancurkan kubu Portugis di Melaka. Penghantaran kapal-kapal perang ini adalah dalam usaha mematahkan pengaruh serta kuasa Portugis di kawasan Asia Tenggara. Usaha Matelief de Jonge untuk menyerang Portugis juga mendapat sokongan serta bantuan daripada Johor yang merupakan kesinambungan kepada kerajaan Melaka sebelum diserang Portugis.

Sejarah Battle Of Cape Rachado Di Perairan Tanjung Tuan Port Dickson Sejarah Battle Of Cape Rachado Di Perairan Tanjung Tuan Port Dickson

Pada Mei 1606, armada laut Belanda telah tiba dan mengepung perairan Melaka sehinggalah pada bulan Ogosnya pula, armada laut Portugis dari tanah jajahan Portugis di Goa, India tiba di perairan Melaka. Armada laut portugis ini terdiri daripada 20 buah kapal perang yang diketuai oleh Dom Martim Afonso de Castro. Maka dengan itu bergemalah bunyi tembakan meriam antara dua armada Eropah ini yang bergelut untuk menguasai perairan Selat Melaka. Pertempuran yang berlaku di perairan Cape Rachado itu dikatakan adalah pertempuran armada laut yang terbesar pernah berlaku di kepulauan melayu.

Sejarah Battle Of Cape Rachado Di Perairan Tanjung Tuan Port Dickson Sejarah Battle Of Cape Rachado Di Perairan Tanjung Tuan Port Dickson

Menurut cerita pada mulanya armada laut Belanda dan Portugis saling membedil antara satu sama lain pada jarak jauh selama beberapa hari. Akan tetapi, bedilan tersebut tidak mendatangkan kelebihan buat kedua-dua armada ini sehinggalah armada laut Portugis mengambil keputusan untuk merapatkan kedudukan mereka dengan Belanda memandangkan mereka merasa kelebihan yang ada pada jumlah armada mereka yang besar berbanding Belanda.

Sejarah Battle Of Cape Rachado Di Perairan Tanjung Tuan Port Dickson

Jika kita lihat pada sudut logik, sudah pasti armada yang besar mempunyai peluang lebih baik untuk memenangi peperangan. Begitu juga yang berlaku ketika peperangan antara dua kuasa besar itu dimana akhirnya kemenangan milik Portugis sungguhpun mereka mendapat bantuan daripada Johor.

Dalam pertempuran itu, Belanda telah kehilangan dua buah kapalnya iaitu Nassau dan Middelburg manakala Portugis pula turut kehilangan dua buah kapalnya iaitu São Salvador and Dom Duarte de Guerra’s galleon (Kapal perang yang lebih kecil). Belanda terpaksa berundur ke Sungai Johor pada 19 Ogos 1606 dan meminta pertolongan daripada Johor untuk merawat askar-askar mereka terluka serta membaiki kapal perang mereka rosak teruk akibat daripada pertempuran itu.

Sejarah Battle Of Cape Rachado Di Perairan Tanjung Tuan Port Dickson

Dua bulan selepasnya, Belanda datang sekali lagi ke perairan Melaka dengan bantuan serta sokongan penuh daripada Sultan Johor. Dan pada kali ini Belanda berjaya memusnahkan 10 buah kapal perang Portugis sehinggakan armada laut Portugis telah berkurangan kepada 10 buah kapal perang sahaja di perairan Selat Melaka.

Sejarah Battle Of Cape Rachado Di Perairan Tanjung Tuan Port Dickson

Pada 1995, sebuah pencarian oleh ahli arkeologi bernama Mensun Bound telah dilakukan untuk mencari kapal-kapal yang tenggelam di perairan Port Dickson dan kapal terbabit berjaya ditemui. Artifaknya kini sebahagiannya dipamerkan di muzium di Kota Lukut dan muzium negara di Kuala Lumpur.

Sejarah Battle Of Cape Rachado Di Perairan Tanjung Tuan Port Dickson

Daripada kisah pertempuran ini, kita tahu bahawa tempat yang menjadi tumpuan perkelahan orang ramai ini sekarang, pernah suatu ketika dulu menjadi suatu medan pertempuran yang sengit oleh dua kuasa besar ini. Dan jangan pula terperanjat bahawa mungkin di dasar Laut Port Dickson juga terkandung khazanah yang mungkin lebih bernilai daripada apa yang kita sangkakan. – Sumber shipwreckology.com, utusan.com.my, wiki Battle Of Cape Rachado.

Artikel berkaitan:
Sejarah Tanjung Tuan Dan Rumah Api Tertua Di Port Dickson.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.