Sejarah Asal Usul Nama Kuala Pilah dan Perkembangannya

Kuala Pilah merupakan salah satu daripada tujuh daerah yang terdapat di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia adalah daerah yang ketiga terbesar di Negeri Sembilan selepas Jempol dan Jelebu. Kuala Pilah terletak di tengah-tengah Negeri Sembilan dikelilingi oleh daerah Jelebu di utara, daerah Jempol di timur, daerah Rembau dan Tampin di selatan serta daerah Seremban di barat.

Sejarah Asal Usul Kuala Pilah dan Perkembangannya

Daerah ini juga disaliri oleh enam batang sungai iaitu Sungai Muar, Sungai Jelai, Sungai Pilah, Sungai Menanti, Sungai Johol dan Sungai Terachi. Terdapat 11 mukim di dalam daerah ini dengan bilangan sebanyak 250 Kampung Tradisional, 7 Kampung Baru, 14 Kampung Orang Asli dan sebuah kampung rancangan FELDA (Felda Kepis). Antara mukim-mukimnya adalah seperti Terachi, Ampang Tinggi, Johol, Juasseh, Kepis, Langkap, Parit Tinggi, Pilah, Seri Menanti, Ulu Jempol dan Ulu Muar.

Ia boleh dihubungi dari Seremban melalui Jalan Bukit Putus, dari Tampin melalui Jalan Air Mawang, Johol dari Segamat melalui Bahau dan dari Simpang Pertang melalui Batu Kikir terus ke Pahang.

Asal-usul nama Kuala Pilah.

Dalam sejarah terawal kerajaan Melayu tidak ada catatan dibuat mengenai asal-usul nama Kuala Pilah diperolehi. Walaubagaimanapun, ada pendapat mengatakan nama Kuala Pilah diperoleh dari sebatang sungai, iaitu Sungai Pilah. Perkataan “pilah” berasal daripada perkataan “bilah buluh”. Ini kerana terdapatnya banyak pohon-pohon buluh yang tumbuh di kawasan ini.

Sejarah Asal Usul Kuala Pilah dan Perkembangannya

Buluh dijadikan peralatan untuk kegunaan harian seperi raga dan sebagainya. Dalam proses menjadi raga dari buluh, buluh perlulah dibelah kecil-kecil dan diraut untuk dijadikan bilah-bilah buluh. “Bilah” lama-kelamaannya bertukar sebutan menjadi “Pilah”.

Perkembangan Kuala Pilah.

Sebenarnya Kuala Pilah yang ada sekarang ini adalah disebabkan kepesatan perdagangan yang pernah berlaku di Luak Ulu Muar yang merupakan sebahagian daripada daerah Kuala Pilah. Ulu Muar sekitar abad ke-17 pernah wujud sebuah pelabuhan penting. Dikatakan lokasi pekan lama Kuala Pilah yang merupakan pusat pentadbiran bagi Ulu Muar terletak di pintu masuk balai bomba dan bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hingga ke pejabat Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) di tebing Sungai Muar.

Sejarah Asal Usul Kuala Pilah dan Perkembangannya Sejarah Asal Usul Kuala Pilah dan Perkembangannya

Disitu juga terdapat beberapa peninggalan yang membuktikan sudah wujud pelabuhan suatu ketika dahulu antara seperti stor simpanan senjata dan peluru yang digunakan oleh pasukan keselamatan dan ini membuktikan sistem pertahanan sudah wujud pada masa itu; Masjid Tok Muar berhampiran tebing Sungai Muar yang didirikan menjadi tempat persinggahan bagi pedagang-pedagang Islam pada ketika itu.

Sejarah Asal Usul Kuala Pilah dan Perkembangannya

Ada pendapat mengatakan persimpangan dua cabang sungai yang terdapat di Kuala Pilah sekarang ini merupakan lokasi pelabuhan atau penambang pada masa itu iaitu berhampiran dengan masjid tertua di daerah Kuala Pilah, Masjid Tok Muar.

Kuala Pilah Sekarang

Berdasarkan statistik tahun 2015, penduduk Pilah adalah dianggarkan seramai 67,100 orang iaitu iaitu 6.10% daripada jumlah penduduk Negeri Sembilan (1,098,500). Tumpuan pembangunan di daerah Kuala Pilah adalah dalam bidang pertanian dan sumber ekonomi ialah kelapa sawit, getah, ternakan, sayur-sayuran, padi, buah-buahan dan kayu-kayan.

Keadaan bentuk muka bumi yang berbukit-bukit di Kuala Pilah dengan hutan simpan yang luas menjadikan suasana alam semulajadi nyaman dan selesa didiami serta berpotensi untuk dijadikan daya tarikan pelancong didalam dan luar negeri. Terdapat beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai pusat perlancongan seperti Taman Rekreasi Ulu Bendul, Hutan Lipur Jeram Tengkek dan Perkampungan Homestay yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung yang ingin menikmati dan merasai suasana kehidupan di kampung.

Sejarah Asal Usul Kuala Pilah dan Perkembangannya

Selain itu juga bagi mereka yang berkunjung ke Kuala Pilah atas urusan kerja atau melancong, mereka tidak perlu risau akan tempat penginapan kerana di Kuala Pilah ada disediakan hotel yang dikenali sebagai Hotel Desa Inn. Di usahakan oleh NSR Properties Sdn. Bhd. Hotel ini terletak di Jalan Dato Abdul Manap pusat Bandar Kuala Pilah. Tambahan lagi, dengan adanya kemudahan lain seperti gedung membeli belah di sekitar Kuala Pilah memudahkan lagi rutin harian penduduk dalam membeli barang keperluan harian. Antara yang terdapat di Kuala Pilah ialah Gedung Sri Minang yang terletak di pusat Bandar Kuala Pilah dan Pasaraya ECONSAVE yang terletak di Melang, Kuala Pilah.

Sejarah Asal Usul Kuala Pilah dan Perkembangannya

Disamping itu juga, penduduk di Kuala Pilah berpeluang berkunjung ke Pasar Tani pada setiap hari sabtu untuk membeli hasil tani penduduk kampung. Bagi mereka yang pulang dari kerja dan tidak sempat untuk menyediakan juadah makan malam tidak perlu bimbang kerana mereka boleh membeli pelbagai juadah makanan di pasar malam. Pasar malam ini juga terletak di pusat Bandar Kuala Pilah yang di buka pada setiap hari bermula pukul 6 petang.

Sumber – kualapilah.eparlimen.com; hmetro.com.my (30 Oktober 2015, Prof Madya Datuk Paduka Mohd Rosli Saludin); www.heritagemalaysia.my; Data Sosioekonomi Negeri Sembilan (2015); Negeri Sembilan Gemuk Berpupuk Segar Bersiram: Luak Tanah Mengandung (Terbitan JJawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan).

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.