Sejarah & Asal-Usul Kedatangan Adat Perpatih Di Negeri Sembilan

Orang-orang Minangkabau percaya bahawa adat mereka mula berkembang dari Periangan dan Pandang Panjang. Adat yang diamalkan di Minangkabau ini dipercayai bermula sebagaimana yang disebutkan didalam pantun adat dibawah:

Sejarah & Asal-Usul Kedatangan Adat Perpatih Di Negeri Sembilan

Orang-orang Minangkabau telah merantau meninggalkan tanahair mereka sejak beratus-ratus tahun dahulu. Destinasi utama mereka adalah ke negeri-negeri si Semenanjung Tanah Melayu. Di Tanah Melayu mereka telah membuka negeri-negeri iaitu di kawasan Naning dan Negeri Sembilan. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu ini telah membawa bersama adat di Minangkabau dan diamalkan sehinggalah ke hari ini. Di Tanah Melayu iaitu di Negeri Sembilan, adat tersebut dipanggil sebagai Adat Perpatih.

Sejarah & Asal-Usul Kedatangan Adat Perpatih Di Negeri Sembilan

Asal Usul Adat Perpatih

Ramai sarjana berpendapat bahawa Adat Perpatih adalah sempena nama Datuk Perpatih Nan Sebatang iaitu orang yang dikatakan bertanggungjawab dalam menyusun dan membuat peraturan-peraturan dalam adat tersebut. Kenyataan ini masih dipersoalkan memandangkan ia agak mustahil bagi seseorang individu itu membuat peraturan-peraturan secara bersendirian dan dalam masa yang sama, ia mampu mempengaruhi semua orang untuk mengikuti serta mematuhinya. Jadi, ada diantara sarjana berpendapat bukanlah Datuk Perpatih yang mencipta adat tersebut. Mungkin adat itu hanya diambil sempena namanya sahaja oleh pengamalnya maka ia dinamakanlah sebagai Adat Perpatih.

Sejarah & Asal-Usul Kedatangan Adat Perpatih Di Negeri Sembilan

Mengikut sejarah awalnya, di Minangkabau ketika itu terdapat dua orang adik beradik yang seibu tapi berlainan bapa iaitu Datuk Ketemenggungan dan Datuk Perpatih Nan Sebatang yang menjadi waris pusaka pemerintahan Minangkabau. Walaupun bersaudara, namun kedua-duanya menjalankan pemerintahan yang bertentangan.

Sejarah & Asal-Usul Kedatangan Adat Perpatih Di Negeri Sembilan

Datuk Ketemenggungan dikatakan memerintah dengan cara bertitah iaitu menginginkan rakyat diatur dalam sebuah tatanan yang “berjenjang naik, bertangga turun” (hierarkhial), manakala Datuk Perpatih pula lebih suka memerintah dengan cara bermuafakat iaitu menginginkan masyarakat diatur dalam semangat yang “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” (demokratik). Selain daripada itu, kawasan pemerintahan mereka juga adalah berbeza iaitu Datuk Ketemenggungan memerintah di bahagian persisiran dan Datuk Perpatih pula memerintah di sebelah barat. Oleh itu, tidak hairanlah kedua-duanya menjalankan cara pemerintahan yang berlainan.

Sejarah & Asal-Usul Kedatangan Adat Perpatih Di Negeri Sembilan Sejarah & Asal-Usul Kedatangan Adat Perpatih Di Negeri Sembilan

Di dalam adat Minangkabau itu, mereka melazimkan cara hidup bersuku-suku. Keadaan ini turut diwarisi oleh Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Kedatangan orang-orang Minangkabau juga membawa bersama kebudayaan dan cara hidup mereka ke Negeri Sembilan. Kebudayaan Minangkabau ini telah menjadi teras kepada kebudayaan Negeri Sembilan sekarang. Sebagai contoh sekiranya anda perhatikan, rumah masyarakat melayu di negeri ini adalah bercirikan reka bentuk dari Minangkabau.

Apa itu Adat Perpatih?

Sistem Adat Perpatih pada dasarnya berasal dari tiga (3) sistem adat yang wujud di Minangkabau iaitu Adat Nan Tigo, Adat Elok Baleh, dan Adat Tuah Disakato. Penghijrahan ke Negeri Sembilan membawa kepada pengenalan Adat Rembau iaitu gabungan antara Sistem Adat Minangkabau, Sistem Adat Tempatan Siak dan Sistem Adat Tempatan Rembau. Adat Siak merupakan adaptasi para peneroka Minangkabau yang telah menetap lama di Siak sebelum berhijrah ke Rembau.

Di Rembau, golongan peneroka Minangkabau telah bertemu dengan kaum orang asli atau Orang Asal yang merupakan penduduk asal Rembau. Orang Asal ini turut mempunyai adat mereka sendiri yang dikenali sebagai Adat Benar. Hasil pergaulan Orang Asal dan Peneroka Minangkabau melalui proses perkahwinan telah mewujudkan Adat Perpatih yang mana keturunan mereka dikenali sebagai Biduanda.

Sejarah & Asal-Usul Kedatangan Adat Perpatih Di Negeri Sembilan

Adat perpatih pada umumnya merujuk pada undang-undang atau peraturan yang merangkumi aspek kehidupan masyarakat; sama ada sosial, ekonomi, politik, budaya dan agama serta lengkap dengan garis panduan meliputi:

  • Adat Nan Sebenar Adat
  • Adat Nan Diadatkan
  • Adat Nan Teradat
  • Adat Istiadat

Adat Nan Sebenar Adat ialah sesuatu yang harus menurut alur dan patut, menurut agama, menurut kemanusiaan, menurut empat dan menurut masa. Adat ini juga dikatakan yang diterima daripada hukum syarak. Berdasarkan hukum itulah diambil sah dan batal, halal dan haram, sunat dan fardhu, dakwa dan jawab, serta saksi dan bainah.

Adat Nan Diadatkan pula merupakan adat yang berlaku secara umum dalam Adat Perpatih dan adat yang di Minangkabau itu sendiri. Umpamanya harta pusaka kaum diturunkan mengikut nasab ibu, sedangkan harta pencarian diwariskan kepada anak-anak daripada orang tua mereka. Anak-anak dari alam adat Perpatih ini secara automatik akan menjadi suku ibunya dan bukan suku bapanya. Sebagai contoh sekiranya si ibu bersuku Caniago, maka kesemua anaknya akan menjadi suku Caniago.

Adat Nan Teradat (Adat Yang Teradat) pula merujuk kepada adat yang tumbuh dan terjadi kerana kebiasaan masyarakat yang bukan hasil daripada musyarawarah para pemangku adat. Misalnya jika bertandang ke rumah orang, lazim mengucapkan salam terlebih dahulu. Jika dalam sesuatu jamuan, apabila selesai makan sebelum orang lain siap, kita tidak boleh terus mencuci tangan tetapi menunggu orang lain selesai makan. Kesimpulannya, semua kebiasaan yang berkembang kerana tiru-meniru dan perkara yang tidak diharuskan oleh adat dan agama tergolong dalam kategori Adat Nan Teradat.

Akhir sekali, Adat Istiadat disebut merupakan adat yang dilakukan secara naluri. Sebagai contoh, orang tua lebih menyayangi cucu-cucunya berbanding anak-anaknya. Secara naluri kita menghormati orang-orang yang lebih tua daripada kita. Ada pandangan lain menyatakan adat yang ada sebelum Islam diterima oleh masyarakat, bukan hukum alam termasuk juga dalam kategori adat istiadat. Misalnya, sebuah negeri harus adanya masyarakat, mempunyai tempat mandi, memiliki jalan yang lebar, gelanggang untuk keterampilan kesenian negeri dan balai adat sebagai tempat untuk bermusyawarah.

Sejarah & Asal-Usul Kedatangan Adat Perpatih Di Negeri Sembilan

Di Negeri Sembilan, Adat Perpatih diamalkan oleh majoriti mereka yang berketurunan Melayu Minangkabau manakala mereka yang tidak mengamalkan Adat Perpatih dikenali sebagai Adat Temenggung. Di bawah Adat Perpatih terdapat 3 hierarki utama masyarakat iaitu Luak, Perut dan Suku. Perlantikan pemimpin atau ketua dibuat melalui kaedah kebulatan atau mesyuarat dan bukan diwarisi mengikut keturunan dari bapa ke anak. Kami akan bercerita lebih lanjut mengenai hal ini pada artikel akan datang. – Sumber Azzal Abu Talib (UKM), Morfologi Bandar Seremban (KPKT), Keunikan Adat Perpatih (Utusan)

Artikel berkaitan:
Pengertian Dan Senarai Luak-Luak Dalam Negeri Sembilan

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.