Sate Minang Dari Negeri Sembilan Makanan Tradisi Orang Minangkabau

Ada sesiapa yang masih belum pernah rasa lagi Sate Minang?Kalau belum, hujung minggu nanti pergilah rasa. Nanti kami akan kongsikan dimana anda boleh cari sate ini di sekitar Negeri Sembilan. Sebelum tu mari kita kenali Sate Minang ini terlebih dahulu.

Sate Minang Dari Negeri Sembilan Makanan Tradisi Orang Minangkabau

Sate Minang pada asalnya merupakan masakan Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Memandangkan masyarakat Negeri Sembilan juga kebanyakannya dikalangan orang minang, jadi tidak hairanlah bagaimana makanan ini boleh sampai ke negeri beradat ini.

Di Negeri Sembilan, kebanyakan masyarakat lebih mengenali sate ini dengan nama Sate Minang tetapi di Sumatera Barat, sate ini dikenali dengan nama Sate Padang. Apa yang membezakan antara Sate Minang/Padang dengan Sate Tempatan adalah kuah yang dimakan bersama sate ini serta penyediaan daging dalam pembuatan sate ini.

Sate Minang Dari Negeri Sembilan Makanan Tradisi Orang Minangkabau

Kuah sate ini bukannya kuah kacang yang biasa kita makan, kuah ni agak pedas dan rasanya seakan-akan seperti kuah soto. Ia dihasilkan daripada air rebusan daging serta tepung beras selain ditambah bawang dan rempah yang ditumis. Daging sate ini pula akan direbus terlebih dulu sebelum dicampur perapan dan dibakar. Dagingnya juga berbeza kerana dipotong nipis sebelum diperap dan dicucuk lidi sate selain tiada lemak.

Sate Minang Dari Negeri Sembilan Makanan Tradisi Orang Minangkabau

Adakalanya sate minang yang disediakan juga berlapikkan daun pisang serta ditaburkan bawang goreng diatasnya dan dimakan bersama-sama nasi himpit. Dah terliur bukan?Mana yang belum cuba, boleh lah rasa. Disini kami ada beberapa kedai di Negeri Sembilan yang menyediakan menu ini.

SEREMBAN – Gerai No. 18, Jalan Dato Abdul Rahman, Bandar Seremban
Gerai No. 18 ni pernah masuk dalam Siri Mat Dan Kaki Jalan (Episod 12). Sate Minang Pak Rajab ini antara sate minang yang paling terkenal di Seremban. Lokasinya dekat kawasan Benteng Seremban atau lebih tepat lagi di Jalan Dato Abdul Rahman, Seremban. Gerai ni buka pada waktu malam sahaja.

Sate Minang Dari Negeri Sembilan Makanan Tradisi Orang Minangkabau

TAMPIN – Gerai Sate Alfa, Pekan Tampin
Lokasi Gerai Sate ini terletak di depan kedai lorong berhadapan pasar pulau sebang berdekatan traffic light menghala ke Stesen Bas. Waktu operasi gerai ini antara 8:00 malam hingga 12:00 malam sahaja.

Sate Minang Dari Negeri Sembilan Makanan Tradisi Orang Minangkabau Sate Minang Dari Negeri Sembilan Makanan Tradisi Orang Minangkabau

PORT DICKSON – Restoran Mesra, Batu 7, Port Dickson
Restoran ni terletak berdekatan dengan deretan Hotel Mesra, Teluk Kemang serta berhadapan dengan Balai Raya, Teluk Kemang. Waktu Operasi dari jam 6:00 petang hingga 12:00 malam.
Sate Minang Dari Negeri Sembilan Makanan Tradisi Orang Minangkabau Sate Minang Dari Negeri Sembilan Makanan Tradisi Orang Minangkabau

Setakat ini sahaja yang gerai/restoran yang dapat kami cari. Walaubagaimanapun sekiranya ada gerai/restoran di Negeri Sembilan yang lain yang menyediakan menu Sate Minang/Padang ini bolehlah maklumkan kepada kami di ruangan komen. Kami akan kemaskini semula artikel ini dari masa ke masa.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.