Restoran Makanan Segera Terawal Di Negeri Sembilan

Restoran A&W Drive Thru Seremban di Jalan Zaaba iaitu berada betul-betul disebelah Taman Tasik Seremban merupakan antara restoran makanan segera paling awal dibuka di Negeri Sembilan. Restoran yang dibina sekitar tahun 1978 dan mempunyai kemudahan Pandu Lalu ini diibaratkan umpama ikon bagi bandar Seremban ini.

restoran a&w seremban

Walaupun bukan restoran A&W terawal pernah dibina di Malaysia (Restoran A&W paling awal dibuka adalah di Jalan Tuanku Abdul Rahman iaitu pada tahun 1963 diikuti Petaling Jaya yang dilengkapi dengan kemudahan Pandu Lalu), tetapi restoran A&W di Seremban ini banyak meninggalkan nostalgia lama buat mereka yang lahir sekitar tahun 1970. Antara menu-menu yang paling legend disini seperti mozza burger, coney dog, waffle dan paling popular satu masa dahulu iaitu CURLY FRIES. Tak lupa juga trademark A&W iaitu ROOT BEER yang dihidangkan dalam mug kaca.

restoran a&w seremban

restoran a&w seremban

Walaubagaimanapun awal tahun lalu, ada berita yang mengejutkan dimana terdapat khabar angin mengatakan penutupan Restoran A&W Drive Thru di Seremban berikutan dengan kerja-kerja pembangunan baru disekitarnya. Cerita ini mendapat liputan akhbar-akhbar tempatan dan ramai juga bersimpati akan penutupan restoran ikonik ini.

restoran a&w seremban

Apa-apapun mungkin ia sekadar gimik atau strategi pemasaran sahaja apabila pertengahan tahun lepas, pihak A&W berhasrat untuk membuka semula dan mengubahsuai semula premis ikonik ini menjadi lebih menarik selaras dengan perkembangan semasa.

restoran a&w seremban

restoran a&w seremban

Apa-apapun, biarlah struktur atau bangunan ini dikekalkan memandangkan ia ada nilai sejarah yang tersendiri di Seremban sungguhpun sekadar restoran makanan segera sahaja.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.