Restoran Char Kuey Teow Ketam Sado Di Kuala Pilah

Ada yang kat sini suka makan char kuey teow?Hari ni nak kongsi sikit ‘port’ yang best untuk anda rasa penangan char kuey teow kat Negeri Sembilan. Restoran Adwa Char Kuey Teow yang terletak di Kuala Pilah ini menyajikan pelbagai char kuey teow special yang pasti buatkan anda terliur.

char kuey teow ketam sado

Antara menu special char kuey teow disini adalah seperti char kuey teow ketam, char kuey teow sotong, char kuey teow udang galah dan sebagainya. Restoran yang dibuka setiap hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam ini menerima kunjungan ramai orang terutamanya mereka yang melalui jalan Kuala Pilah untuk ke Timur-Barat, tidak hairanlah sekiranya menu yang anda inginkan disini kadang-kala sudah kehabisan pada masa itu.

char kuey teow adwa restoran

char kuey teow adwa restoran

char kuey teow adwa restoran

char kuey teow adwa restoran

char kuey teow adwa restoran

Walaubagaimanapun bagi mereka yang hendak merasai Char Kuey Teow ini, boleh lah datang dari jam 3.00 ptg hingga 12.00 mlm kerana sebelah paginya kedai ini tidak menawarkan char kuey teow sebagai menu pilihan sebaliknya menawarkan lauk pauk masakan Negeri Sembilan antaranya seperti Gulai Salai Daging Ompuk, Gulai Salai Ayam Den Lopeh, Gulai Salai Puyuh Lembut, Gulai Salai Ikan Sembilang Leleh dan Masak Asam Lada Hitam Mak Ngah.

menu lain di restoran char kuey teow adwa

Jadi, kalau nak datang ke sini pastikan anda rancang dan datang seawal yang mungkin selepas kedai dibuka ya. Untuk cari kedai ini senang sahaja, anda boleh waze atau cari Hotel Melang Inn kerana restoran ini terletak di belakang hotel tersebut.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.