Rahsia Disebalik Gua Emas Di Bukit Jalor, Gemencheh

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

Sebelum ini pernah kami ceritakan mengenai sejarah dan asal-usul nama Gemas, Negeri Sembilan [Klik disini untuk baca: Sejarah Dan Asal Usul Nama Gemas Negeri Sembilan]. Seperti yang anda baca di artikel kami, nama Gemas itu sendiri berkemungkinan ada kaitan dengan Gua Emas yang terletak Bukit Jalor, kira-kira 5 kilometer dari Kampung Sungai Dua, Gemencheh.

Rahsia Disebalik Gua Emas Di Bukit Jalor, Gemencheh

Kedudukannya juga tidak jauh dari Gemas. Lokasi gua yang terletak di atas bukit dikelilingi kebun getah memerlukan pengunjung mendaki bukit kira-kira 500 meter untuk sampai ke sana. Tidak ramai mengetahui kewujudan Gua Emas tersebut dan hanya anak tempatan yang sering masuk ke kawasan hutan ini sahaja yang mengetahui kewujudannya.

Mengikut sejarah, ketika Inggeris meluaskan jajahannya di Tanah Melayu iaitu kira-kira 100 tahun yang lalu, mereka dipercayai telah menemui sebuah gua berhampiran Gemas yang mempunyai hasil bumi yang bernilai tinggi iaitu Emas.

Penjajah Inggeris dipercayai menggunakan khidmat buruh paksa bagi melombong emas di dalam gua berkenaan yang mempunyai laluan bawah tanah ke Gemas dan juga Asahan serta tapak kaki Gunung Ledang.

Hasil bumi di gua ini telah diterokai selepas Perang Dunia Pertama (awal 1920-an) oleh penjajah Inggeris, walaubagaimanapun telah ditutup sebelum Perang Dunia Kedua (1942). Untuk mengeluarkan hasilnya, penjajah Inggeris telah menggunakan khidmat buruh paksa yang diambil dari negara luar untuk meneroka gua berkenaan.

Di Gua ini terdapat dua lubang udara sedalam lebih 30 meter yang telah digali oleh buruh paksa. Terdapat juga sebuah batu yang terukir nama ‘A Williams’ yang dipercayai individu terpenting dalam sejarah penerokaan Gua Emas turut ditemui disini.

Satu tragedi buruk juga pernah menimpa pelombong-pelombong disini dimana dikatakan 43 pelombong telah tertimbus sewaktu menjalankan aktiviti perlombongan di sini. Cuma sehingga kini tidak dipastikan di lorong mana pelombong-pelombong tersebut tertimbus memandangkan terdapat banyak terowong-terowong di sekitar gua ini. Dianggarkan kebanyakan terowong-terowong disini mempunyai saiz lebih kurang 3 kaki lebar dan 6 kaki tinggi. Malah serpihan batu yang ditemui disini juga dipercayai serpihan rumah buruh paksa berkenaan.

Rahsia Disebalik Gua Emas Di Bukit Jalor, Gemencheh

Laluan masuk ke Gua berkenaan biasanya dari kawasan kebun getah penduduk di Tanah Pinggir Jalor, Air Kuning, Gemas dan perlu melalui kawasan hutan sejauh lebih satu kilometer sebelum sampai di pintu gua. Bagaimanapun sekiranya ingin melihat terowong udara dan juga tempat proses buangan melombong emas yang dibuat sendiri oleh buruh paksa, mereka perlu mendaki sebuah bukit yang terdapat disana.

EMAS SEBESAR KIJANG KEKAL MISTERI

Berdasarkan cerita anak jati Kampung Sungai Dua, Gemencheh, Azman Diron (50). Gua Emas ini mempunyai ceritanya yang tersendiri. Menurutnya orang-orang Inggeris dahulunya pernah menemui emas sebesar ayam jantan di dalam gua berkenaan dan ia berjaya dibawa naik ke atas.

Kemudian, mereka sekali lagi menemui emas sebesar kijang dan berhasrat untuk membawanya naik. Jadi penduduk setempat telah memberikan idea agar emas itu diikat dengan menggunakan tujuh benang berlainan warna. Namun tak sempat separuh jalan, emas tersebut telah jatuh dan ghaib begitu sahaja. Hingga ke hari ini, ia kekal misteri.

PENGALAMAN MASUK TEROWONG

Kebiasaannya mereka yang mengadakan ekpedisi atau lawatan ke gua ini akan ditemani oleh penduduk kampung serta pegawai Bomba. Menurut Pegawai Bomba dan Penyelamat, Gemas, Nazly Muhamad berkata, sejak mengetahui kewujudan gua berkenaan, sudah lebih 30 kali dia mengetuai ekspedisi dimana kebanyakan peserta terdiri daripada pengunjung dari luar negara.

Rahsia Disebalik Gua Emas Di Bukit Jalor, Gemencheh

Dalam setiap ekspedisi berkenaan, katanya pengunjung akan dibahagikan kepada 10 hingga 15 orang untuk merasai sendiri pengalaman melalui terowong yang pernah diterokai oleh pelombong emas. Disebabkan pengudaraan yang sangat kurang di dalam gua tersebut. Jadi tak semua individu dibenarkan masuk ke dalam terutamanya mereka yang mempunyai masalah pernafasan. Malah terowong yang menghala ke Gemas juga tak dapat dilalui memandangkan ia sudah tertimbus.

Disamping itu, peserta yang mengikuti ekspedisi ini juga perlulah berani berdepan dengan ratusan kelawar yang menjadi penghuni setia Gua Emas ini.

Menurut Nazly lagi sekiranya air dari kawasan mata air tidak melimpah, pengunjung dapat melihat sendiri landasan membawa hasil lombong di dasar bawah gua berkenaan. Manakala di luar gua pula, terdapat kawasan yang telah digali pelombong dan juga terowong udara yang agak dalam.

Rahsia Disebalik Gua Emas Di Bukit Jalor, Gemencheh

PERLU DIWARTAKAN SEBAGAI KAWASAN SEJARAH & PELANCONGAN

Gua Emas sememangnya mempunyai sejarah yang tersendiri malah ia sememangnya berpotensi dijadikan kawasan pelancongan dan reakrasi. Diharap kerajaan Negeri Sembilan dapat mewartakan kawasan ini sebagai tapak bersejarah dan pelancongan. Dengan pengiktirafan sedemikian ia juga dapat membendung sebarang aktiviti pembangunan dan sebarang kerja pembalakan di sekitar gua berkenaan serta pelombong haram yang mencari emas menggunakan kaedah mendulang.

Kesan peninggalan sejarah yang terdapat di Gua Emas ini akan pupus dan hilang dan tidak dapat dikongsikan kepada generasi akan datang sekiranya tiada usaha untuk mewartakan kawasan ini.

SUMBER – Sinar Harian (Rahsia Sebalik Gua Emas); Berita Harian (Asal Usul Gemas)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.