Penunggang Motosikal Cedera, Terperosok Bawah Bas

PORT DICKSON, 10 Jan – Seorang penunggang motosikal cedera selepas terperosok di bawah sebuah bas persiaran di Taman Muhibbah Port Dickson sekitar jam 12.15 tengahari tadi.

Mangsa seorang lelaki berusia 27 tahun ketika kejadian menunggang motosikal bersendirian bertembung dengan bas yang masuk ke laluan taman berkenaan.

Seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Wan,35, berkata, untuk masuk ke kawasan ini, sepatutnya bas berkenaan tidak menggunakan laluan ini kerana ia laluan sehala untuk kenderaan keluar ke jalan utama sahaja.

Penunggang Motosikal Cedera,  Terperosok Bawah Bas

“Motosikal ini nak keluar (ke jalan utama) tak sempat mengelak bas yang masuk dan terus terperosok ke bawahnya. Nasib menyebelahi penunggang motosikal, dia hanya cedera di kaki mungkin tertusuk besi motosikal.

“Tengok keadaan dilokasi memang nampak teruk, mujur tidak terkena tayar bas, kalau tak keadaan mesti lagi teruk,” katanya.

Mangsa dikeluarkan dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat Port Dickson kemudian dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (10 JANUARI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.