Pengalaman Seram Lebuhraya Seremban – Port Dickson

Lebuhraya Seremban-Port Dickson yang siap dibina pada 1997 ini banyak membantu dalam meningkat sektor pelancongan serta pembangunan disekitaranya. Penduduk luar/pelancong yang datang kesini, sudah pasti akan mengambil laluan ini berbanding jalan lama yang berkelok-kelok selekohnya.

Cerita Seram Lebuhraya Seremban-Port Dickson

Walaubagaimanapun ia tidak lari dari cerita-cerita seram yang pernah diceritakan oleh penduduk setempat mengenai lebuhraya ini lebih-lebih lagi kawasan disepanjang lebuhraya ini semamangnya gelap dan tiada lampu yang meneranginya melainkan susur-susur keluar sahaja yang diterangi lampunya. Disini kami dapat mengumpulkan beberapa cerita yang diceritakan oleh beberapa orang yang pernah menyaksikan/merasai pengalaman seram ini:

  • Pernah diceritakan oleh seorang pemuda yang pada ketika itu beliau melalui lebuhraya ini pada waktu malam (tidak dipastikan pukul berapa). Semasa itu, dia tengah mendengar radio dan apabila melalui satu selekoh di lebuhraya tersebut, tiba-tiba frekuensi radionya terus berubah. Yang didengarinya adalah suara perempuan mengilai panjang. Dalam masa yang sama, pemuda tersebut cuba untuk melihat cermin pandang belakangnya dan alangkah terkejut beruknya dia terpandang sesuatu, iaitu seekor lembaga yang mempunyai rambut panjang dan mengerbang ke tempat duduk belakang keretanya. Cuma dia bernasib baik tidak dapat melihat wajah lembaga tu sahaja kerana dikatakan cermin pandang belakangnya begitu kecil untuk melihat keseluruhan belakang keretanya. Dikatakan dia memecut laju keretanya tanpa menoleh cermin itu dan sehinggalah sampai di persimpangan Telok Kemang, dia pun menoleh kembali cermin tersebut untuk melihat kembali. Walaubagaimanapun lembaga tu telah hilang cuma yang ditinggalkannya adalah bau wangi yang agak kuat di dalam keretanya.
  • Cerita ini juga pernah disampaikan oleh kawan admin sendiri yang mengalaminya yang pada ketika itu berlaku pada pukul 4-5 pagi. Dia baru balik daripada kerja di Seremban menuju ke Port Dickson melalui lebuhraya ini. Selepas melalui RnR Port Dickson (Pertengahan Lebuhraya Seremban-Port Dickson) dia melihat kelibat seorang perempuan tengah menyapu ditengah-tengah lebuhraya. Walaubagaimanapun dia sempat mengelak daripada belanggar dengannya. Kalau fikirkan logiknya, mana ada orang mula kerja pukul4-5 pagi lagi-lagi dalam keadaan gelap. Lepastu tengah-tengah lebuhraya pula tiada sebarang tanda mengenai kerja-kerja pembersihan sedang dibuat. Sejurus melepasi perempuan yang sedang menyapu tu, terus je terdengar suara perempuan. Lepas je dengar suara tu, terus je dia pasang radio kuat-kuat dan pecut laju-laju sehinggalah sampai di persimpangan keluar Lukut, Port Dickson. Walaubagaimanapun sampai je simpang keluar tu, suara tersebut pun dah hilang.
  • Cerita lain pula, ada juga mat-mat moto yang berkonvoi kesini terserempak perempuan berbaju putih duduk di tepi lebuhraya ni, benda terbang kat atas highway lah, ada yang kene tumpanglah, dan sebagainya.

Lagi satu cerita pasal jambatan Orang Bunian kat lebuhraya ini yang pernah viral suatu ketika dulu. Bagi mereka yang masih tak tahu lagi, jambatan tu sebenarnya digunakan oleh penduduk kawasan itu/haiwan-haiwan untuk menyeberangi lebuhraya ni. Memang takda kena mengena pun dengan orang bunian. Rasanya orang bunian pun tak perlukan jambatan untuk ke seberang kan?Lagi satu, tak logik pula pihak Seremban-Port Dickson Highway (SPDH) nak buat jambatan semata-mata untuk orang bunian. Banyak lagi kerja perlu mereka buat.

Cerita Seram Lebuhraya Seremban-Port Dickson

Mungkin cerita yang disampaikan ini sedikit sebanyak mengapa tak ramai pemandu dilihat menggunakan lebuhraya pada malam hari, mungkin ramai memilih bertolak pada waktu siang berbanding malam.

Lebuhraya vs Jalan Lama

Bagi yang mengggunakan jalan lama pula, disini dikatakan lagi seram berbanding menggunakan lebuhraya. Jalan yang berliku-liku serta sunyi, memang kadang-kadang terdetik kat hati tu, janganlah terjumpa apa-apa. Sebab ada juga beberapa cerita yang disampaikan oleh orang-orang disini dimana melihat kelibat ibu dan anak berpimpinan di tepi jalan pada waktu tengah malam di selekoh tajam berdekatan dengan tanah perkuburan cina di Bandar Springhill. Ada juga cerita dimana keretanya pernah diganggu lembaga putih yang mengilai seakan langsuir.

Cerita Seram Lebuhraya Seremban-Port Dickson

Tapi sekiranya diperhatikan cerita-cerita ini kebanyakan mereka yang diganggu apabila mereka bergerak seorang diri. Walaubagaimanapun, kesemua ini mungkin ada hikmahnya, kita sendiri lah yang kena fikirkan sedalam-dalamnya. Cuma ada dua sahaja jalan alternatif untuk ke Port Dickson sekiranya anda dari Seremban. Kalau adapun jalannya agak jauh untuk dilalui. Kalau anda diberi pilihan antara dua jalan ni, jalan mana yang akan ada ambil sekiranya lalu disini pada waktu tengah malam?Boleh bincangkan dalam komen dibawah nanti ya.

Artikel berkaitan:
Pengalaman Seram Mendaki Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.