Penangan Viral Cendol Sagu Rumbia Di Seremban, Negeri Sembilan

Mungkin tidak ramai dalam kalangan kita pernah menikmati keenakan rasa cendol sagu rumbia dengan keistimewaan pada isinya yang kenyal sekali gus memberi kelainan berbanding cendol biasa di pasaran. Pembuatannya nampak mudah namun seiring peredaran zaman, ia sukar ditemui berikutan proses mendapatkan sagu yang rumit selain memakan masa lama. Jika ditanya, rata-rata anak muda hari ini tidak mengenali rupa pokok rumbia dan tak tahu cara sagunya diperoleh untuk dibuat cendol.

Penangan Viral Cendol Sagu Rumbia Di Seremban, Negeri Sembilan

Pengusaha cendol sagu rumbia, Rohaisham Mohd Tahar, 50 yang berniaga di Kampung Lambar, Batu 11, Jalan Labu, Seremban (Klik disini untuk lokasi) yang telah pun viral baru-baru ini telah membuka mata ramai orang tentang keeanakan dan keaslian cendol sagu rumbia buatannya.

Menurut Rohaisham, cendol jenis yang dibuat daripada pokok rumbia ini ditebang sendiri olehnya di hutan. Sebelum menebang, keadaan pokok perlulah dikenal pasti bagi tujuan keselamatan kerana adakalanya faktor angin boleh mempengaruhi kedudukan jatuhnya pokok bertentangan dengan jangkaan awal.

Penangan Viral Cendol Sagu Rumbia Di Seremban, Negeri Sembilan

Menurut Rohaisham, sebatang pokok yang mencapai ketinggian 9.144 meter boleh dibahagikan kepada 10 batang kecil menggunakan gergaji mesin sebelum dibawa pulang ke rumah untuk diproses. Selepas itu, batang yang sudah dipotong itu akan dibuang kulit luar yang keras dan isinya atau kabung akan diparut lalu direndam dalam air selama dua hari. Rendaman yang lama akan menyebabkan air berbau masam, namun jika kena pada caranya, parutan masih boleh digunakan dan diperah untuk mendapatkan patinya.

Meskipun proses perahan dilakukan sama seperti memerah santan kelapa, namun pati ini akan dibiarkan selama sejam bagi mendapatkan mendapan sagu yang padat yang berkumpul di bahagian bawah. Air yang berada atas sagu akan dibuang dan hanya mendapan sagu diambil untuk dikeringkan.

Proses pengeringan sagu juga akan dilakukan selama dua hari, bergantung pada cuaca sebelum proses pembuatan cendol sagu rumbia dijalankan. Menurutnya lagi, meskipun kerja ini memenatkan dan rumit, hasil diperoleh berbaloi dan memuaskan hati pelanggan.

“Sebagai orang lama, saya sudah biasa dengan kerja ini. Jika tidak diteruskan pasti ramai anak muda, khususnya kempunan menikmati cendol sagu asli pokok rumbia ini,” katanya.

Dia satu-satunya pengusaha cendol sagu rumbia yang masih aktif di Seremban selepas 15 tahun berkecimpung dalam pembuatan cendol berasaskan sagu rumbia sebelum membuka kedai di Jalan Labu-Seremban, tiga tahun lalu. Bapa kepada tiga anak itu berkata, selain menjadi sumber rezeki buat mereka sekeluarga, usaha ini juga penting untuk memperkenalkan makanan tradisi rakyat Malaysia kepada orang luar.

Bukan setakat orang tempatan malah pengunjung luar dari Melaka, Putrajaya dan Johor juga datang bertandang menikmati cendol ini. Kedai dibuka pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai jam 11 hingga jam 6 petang.

Penangan Viral Cendol Sagu Rumbia Di Seremban, Negeri Sembilan Penangan Viral Cendol Sagu Rumbia Di Seremban, Negeri Sembilan Penangan Viral Cendol Sagu Rumbia Di Seremban, Negeri Sembilan Penangan Viral Cendol Sagu Rumbia Di Seremban, Negeri Sembilan Penangan Viral Cendol Sagu Rumbia Di Seremban, Negeri Sembilan Penangan Viral Cendol Sagu Rumbia Di Seremban, Negeri Sembilan

Sementara itu, Pemaju Masyarakat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (PMR) kawasan Labu dan Pantai Mutaza Jalaluddin, 46, berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha pekebun kecil menunjukkan komitmen dan prestasi baik.

“Selain memberi sumbangan berbentuk wang, kami turut berkongsi kepakaran dan teknik bagi meningkatkan penghasilan sagu yang bermutu. Produk dikeluarkan Rohaisham bukan saja meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat malah mampu menjadi tarikan pelancong luar dan dalam negeri,” katanya.

Sumber – Harian Metro Online (7 April 2017); Facebook Gerai Cendol Sagu Rumbia Rohaisham (Tag Location)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.