Pelancong Ke Port Dickson Meningkat Pada Tahun Ini

Port Dickson terus menjadi destinasi pelancongan utama negara apabila mencatatkan jumlah peningkatan kehadiran pelancong sebanyak 4.2 juta tahun lalu berbanding 2015. Secara keseluruhan seramai 6.3 juta pelancong dicatatkan berkunjung ke Negeri Sembilan pada 2016 dan kira-kira 70 peratus daripadanya datang melancong ke Port Dickson.

peningkatan pelancong port dickson

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Zamri Mat Kasim, statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) yang turut menunjukkan saban tahun pantai peranginan itu terus menyumbang kepada sektor pelancongan negeri.

Disini terdapat lapan pantai yang boleh dilakukan pelbagai aktiviti riadah sekali gus memberi banyak pilihan kepada pelancong untuk bersantai. Pantainya yang landai menjadi tarikan utama pelancong untuk datang ke sini. Pada musim cuti keadaan disini sentiasa penuh tambahan pula apabila banyak produk pelancongan baru diwujudkan antaranya perkhidmatan cruise. Ia membolehkan pengunjung menikmati pelayaran singkat di perairan Port Dickson.

peningkatan pelancong port dickson

Katanya lagi kewujudan produk pelancongan baharu itu dilaksanakan dengan kerjasama antara persatuan hotel, MPPD dan juga penggiat swasta industri pelancongan. Dengan semakin banyak produk pelancongan seperti ini diwujudkan dan dipromosikan dengan baik, ia memberi peluang lebih besar kepada Port Dickson untuk dikunjungi pelancong. Selain itu, faktor kebersihan juga menjadi tarikan utama orang ramai memilih Port Dickson sebagai destinasi pelancongan mereka ditambah dengan pelbagai kemudahan seperti penginapan, makanan dan sebagainya.

peningkatan pelancong port dickson

Pelancong luar negara seperti China dan Taiwan juga dikenal pasti antara yang paling ramai mengunjungi Port Dickson. Ujarnya lagi PBT (pihak berkuasa tempatan), MPPD akan terus meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan produk pelancongan terus dijaga serta digilap.
Selain diiktiraf sebagai pantai peranginan negara, Port Dickson juga diiktiraf sebagai Bandar Tentera Darat dan PD Wellness Zone – Sinar Harian

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.