Nostalgia Panggung Wayang Terawal Di Seremban

Generasi sekarang, bila kita sebut “Panggung Wayang”, mungkin ada yang tak tahu.. Mana tidaknya budak sekarang, kalau disebut pawagam tahulah mereka. “Panggung Wayang” ni hanya jadi sebutan orang-orang lama sahaja. Memang jarang lihat nama ini disebut walaupun maksud kedua-keduanya adalah sama.

Nostalgia Panggung Wayang Terawal Di Seremban

Pada sekitar tahun 1960 dan akhir 90an, Pusat hiburan dan reakreasi keluarga ini menjadi tempat paling utama dilawati sekiranya mereka ke bandar. Banyak kenangan yang membawa nostalgia dikalangan penggemar filem tatkala menontonnya di Panggung Wayang. Membeli tiket wayang bukanlah mudah, jika filemnya memang menarik, didukungi pula artis popular dan ditayang di hujung minggu, memang akan berbaris panjanglah penonton tersebut untuk membeli tiket. Pergaduhan dikalangan pembeli tiket adalah pekara biasa dialami, apa tidaknya bila penonton yang tidak sabar untuk membeli tiket memotong barisan sesuka hati maka akan berlakulah perkelahian yang tidak diingini.

Nostalgia Panggung Wayang Terawal Di Seremban

Harga tiket ketika itu pula tidaklah membebankan sekitar 25 sen sehingga RM 3 berbanding harga tiket sekarang. Bagi golongan perokok tegar pula mereka tidak akan segan silu merokok di dalam panggung wayang disebabkan peraturan di panggung wayang tidaklah seketat peraturan sekarang, jadi tidak hairan asap rokok turut mewarnai pancaran cahaya filem. Kehadiran Aci dan Mamu menjual kacang putih dan air turut memeriahkan lagi dalam panggung.

Antara pekara menarik mengenai panggung wayang dahulu akan berlaku waktu rehat sebentar disebabkan penukaran roll filem, disebalik penukaran tersebut akan kedengaran iklan-iklan selingan dari corong suara panggung wayang mempromosi produk-produk kesihatan dan sebagainya.

Seperkara lagi, apa yang menarik adalah Lagu Kebangsaan akan kedengaran sebelum filem ditayangkan, semua akan berdiri untuk menghormati lagu negaraku yang berkumandang, inilah punca orang lama dulu lebih patriotik berbanding orang muda sekarang.

Nostalgia Panggung Wayang Terawal Di Seremban

Untuk penonton pula ada class’ tempat duduk, sekiranya penonton mempunyai tiket third clas’ maka mendongaklah kepala untuk menonton layar wayang kerana berada di barisan paling hadapan layar. Pekara yang paling menarik adalah Poster Iklan yang besar yang diletakkan diluar Panggung adalah di lukis sendiri oleh kakitangan panggung wayang tersebut!

Panggung Wayang Terawal Di Seremban
Di Bandar Seremban telah wujudnya panggung wayang seawal tahun 1950 lagi. Panggung Wayang yang pertama didirikan di Seremban adalah Sapphire Theatre yang dikatakan telah didirikan semenjak tahun 1946 lagi. Bangunan ini masih wujud dan sekarang telah di ambil alih oleh syarikat perabot sebelum dijadikan kedai jualan barangan murah (Kedai serbaneka ECO RM2).

Nostalgia Panggung Wayang Terawal Di Seremban Nostalgia Panggung Wayang Terawal Di Seremban

Pada Tahun sekitar 1960 wujud pula panggung wayang Ruby di Jalan Dato Sheikh Ahmad, panggung wayang ini yang pertama berkonsep kompleks wayang yang boleh memuatkan sekitar 300 penonton pada satu-satu masa, ia berada berhampiran perhentian bas semestinya panggung ruby ini meningalkan nostalgia kepada mereka yang pernah merasa keseronokan menonton wayang disini. Bangunan ini masih wujud hingga sekarang dan dijadikan pusat karaoke keluarga.

Nostalgia Panggung Wayang Terawal Di Seremban Nostalgia Panggung Wayang Terawal Di Seremban

Panggung wayang yang terbaik yang ada di bandar Seremban satu ketika dulu adalah Panggung REX dan Capitol. Kedua-dua panggung wayang yang dibina sekitar akhir tahun 1950. Kedua-duanya akan bersaing sesama sendiri dalam usaha merebut hati penonton. Panggung Capitol secara tradisinya akan menayang filem-filem Hollywood dan Bollywood serta Filem-filem melayu bukan keluaran Shaw Brother’. Panggung Rex pula dikhaskan untuk filem-filem terbitan produksi Shaw Brothers’ iaitu produksi yang terkenal dalam mengeluarkan filem melayu dan cina.

Nostalgia Panggung Wayang Terawal Di Seremban Nostalgia Panggung Wayang Terawal Di Seremban

Kedua-dua kompleks panggung ni rata-rata boleh menampung sekitar 1,000 penonton dalam satu masa. Ia sentiasa mendapat sambutan hangat dari penonton disebabkan kemudahannya yang lebih baik serta filem-filem yang terkini membuatkan penonton wajib akan mengunjungi panggung-panggung wayang ini. Walaubagaimanapun, kedua-dua panggung wayang ini sudah tidak wujud lagi apabila telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada kewujudan bangunan komersil yang baru.

Nostalgia Panggung Wayang Terawal Di Seremban Nostalgia Panggung Wayang Terawal Di Seremban

Selain itu terdapat juga panggung mini yang menayangkan filem-filem kelas ketiga dan filem dari negara China, India dan Taiwan. Antaranya seperti Metropole, Panggung Cathay dan Odeon. Ketiga-tiga panggung ini mendapat sambutan dari kebanyakan penonton yang malas’ untuk beratur untuk menonton wayang di panggung-panggung wayang lain. Walaubagaimanapun, Ketiga-tiga panggung ini juga turut dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan komersil yang lain. – Sumber beritan9.blogspot.my, mysinchew.com, FB archive photos

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.