Nilai 3 Pusat Pemborong Terbesar Di Malaysia

Nilai ialah sebuah bandar baru terancang yang terkenal sebagai lokasi membeli-belah barangan murah. Dikenali dengan nama Nilai 3 merupakan pusat sehenti (One Stop Centre) bagi jualan borong dan boleh dikunjungi melalui susur keluar di laluan Lebuh Raya Utara – Selatan (ambil susur keluar ke Nilai / Pajam / KLIA). Jarak dari Kuala Lumpur ialah 45 km, dari KLIA 25 km, dan dari Tol Nilai hanya 7 km.

peta nilai 3

Nilai 3 merupakan syurga bagi kaum wanita kerana di situlah terletaknya pasar borong terbesar dengan limpahan pakaian yang pasti membuatkan makcik-makcik dan kakak-kakak tidak senang duduk. Selain pakaian, di sini juga turut menjual barangan aksesori perkahwinan, perabot, pakaian, cenderahati, kraftangan, perabot, perhiasan rumah, perhiasan lampu, aksesori kereta dan barangan tekstil.Harga yang ditawarkan cukup murah dan sangat berpatutan.

Tidak dinafikan, sejak dibuka pada Disember 2001, ia memberi harapan baharu kepada penduduk sekitar Nilai, kawasan kampung yang baru hendak membangun ketika itu untuk mencari peluang perniagaan.

kedai di nilai 3

Bermula dengan hanya beberapa lot kedai, pada mulanya Nilai 3 lebih kepada menjual barangan daripada China. Bagaimanapun, ia semakin berkembang apabila banyak lot kedai dibuka menjual aksesori perkahwinan, perabot, pakaian, cenderahati, kraftangan, perhiasan rumah, perhiasan lampu, aksesori kereta dan tekstil, menyebabkan Nilai 3 kini seolah-olah sebuah bandar tersendiri yang menjadi tumpuan pelancong luar.

barangan jualan di nilai 3

Mengikut data daripada Tourism Malaysia Negeri Sembilan pada tahun 2001, bilangan pengunjung yang berkunjung berjaya mencecah 10,000 orang sehari dan angka tersebut semakin meningkat dari tahun ke tahun. Menarik bukan?Dan tidak hairanlay Nilai 3 dinobatkan di dalam Malaysian Book of Record sebagai Pusat Pemborong Terbesar di Malaysia.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.