Menyingkap Sejarah Kota Linggi Di Muara Sungai Linggi

Tidak dinafikan Sungai Linggi merupakan jalan perhubungan terpenting bagi Negeri Sembilan serta Melaka suatu ketika dahulu. Ia adalah nadi bagi laluan pedagang yang ingin membawa keluar pelbagai hasil muka bumi dari Negeri Sembilan seperti bijih timah dan hasil-hasil hutan seperti gading gajah, kayu gaharu, damar, barang-barang pertanian dan sebagainya.

Menyingkap Sejarah Kota Linggi Di Muara Sungai Linggi

Lakaran kedudukan Kota Linggi atau Kota Bukit Supai

Disebabkan kepentingan tersebut, laluan tersebut menjadi rebutan untuk memungut cukai oleh pembesar tempatan serta kuasa luar sejak abad-17 lagi. Perebutan itu telah membawa kepada pembinaan Kota Linggi atau lebih dikenali sebagai Kota Bukit Supai.

Kota yang terletak di dalam daerah Alor Gajah, Melaka ini mula dibina pada tahun 1758. Ia dibina diatas kawasan berbukit berhampiran muara Sungai Linggi. Tujuannya ialah untuk menyekat kemaraaan Daeng Kemboja yang berperang dengan Belanda pada ketika itu.

Menyingkap Sejarah Kota Linggi Di Muara Sungai Linggi Menyingkap Sejarah Kota Linggi Di Muara Sungai Linggi

Belanda, iaitu penjajah barat yang menguasai Melaka sejak tahun 1641 juga tertarik dengan lembangan Sungai Linggi kerana mereka mengetahui banyak hasil bijih timah yang dibawa melalui Sungai Linggi. Walaubagaimanapun kawasan tersebut dikuasai oleh Daeng Kemboja yang juga merupakan ketua masyarakat orang-orang bugis disana. Peperangan yang berlanjutan antara kedua-dua belah pihak ini telah berakhir dengan kekalahan Daeng Kemboja. Beliau terpaksa berundur ke Rembau Hilir dan seterusnya ke Pedas.

Sehingalah pada 1 Januari 1758, kota ini menjadi saksi kepada satu perjanjian persahabatan antara Daeng Kemboja dengan Belanda serta pembesar tempatan dari Rembau dan Kelang. Dengan itu berakhirlah sengketa antara Belanda dan Daeng Kemboja serta kekuasaan orang-orang Bugis keatas lembangan Sungai Linggi.

Menyingkap Sejarah Kota Linggi Di Muara Sungai Linggi Menyingkap Sejarah Kota Linggi Di Muara Sungai Linggi Menyingkap Sejarah Kota Linggi Di Muara Sungai Linggi Menyingkap Sejarah Kota Linggi Di Muara Sungai Linggi

Bagaimanapun, Belanda yang berjaya menakluk Kuala Linggi menjadikan kota itu sebagai pos kawalan bagi mengawal dan memantau aktiviti perdagangan di muara Sungai Linggi termasuk kapal-kapal dagang yang melalui Selat Melaka. Selain sebagai pusat pertahanan, ia juga tempat mengutip cukai segala macam barangan, terutama bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Linggi.

Kota ini juga dikenali sebagai Kota Filipina iaitu mengambil sempena dengan nama anak perempuan Jacob Mussel, Gabenor Jeneral Belanda di Batavia (Jakarta 1750-1761). Ia berbentuk segi empat tepat dengan keluasan 165 X 150 kaki persegi dengan terdapat benteng pada setiap penjuru dan mempunyai dua buah pintu masuk. Ia terbina daripada batuan laterit yang terdapat berhampiran Sungai Linggi manakala dindingnya yang luas dibina dengan ketinggian 8 kaki.

Kota ini terletak kira-kira 50 kilometer (km) dari Bandar Raya Melaka dan 40km dari Port Dickson di Seremban, Negeri Sembilan. Bagi anda yang ingin kesana, bolehlah memandu kenderaan melalui jalan raya dari kedua-dua destinasi itu menuju ke kawasan Kuala Linggi sehingga tiba di Pondok Polis Kuala Linggi.Dari pondok polis itu, pengunjung sudah boleh melihat Bukit Supai yang terletak berhadapan dengannya.

Menyingkap Sejarah Kota Linggi Di Muara Sungai Linggi

Sumber – Sejarah Linggi: Pintu Gerbang Sejarah Negeri Sembilan; Kubu Pertahanan Melayu (Muhamad Shafiq Mohad Ali, UKM); Utusan Online (20 Mei 1998); Kosmo Online (11 Mei 2017).

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.