Menyingkap Sejarah Asal Usul Kampung Dioh, Kuala Pilah

Kampung Dioh merupakan sebuah kampung Melayu tradisi yang terletak di selatan pekan Kuala Pilah yang berkeluasan lebih kurang 5 km persegi.

Dikenali sebagai pusat perindustrian Kuala Pilah, kampung ini mempunyai banyak kilang-kilang kecil dan sederhana yang diusahakan dalam berbagai-bagai bidang. Majoriti penduduk adalah Melayu yang terlibat dalam pelbagai bidang termasuk perindustrian, mahupun pertanian. Kilang yang terkenal di kampung ini adalah kilang Roti Azan (Terletak di Kawasan Perindustrian Dioh Kuala Pilah) dimana rotinya terkenal di serata Malaysia.

Menyingkap Sejarah Asal Usul Kampung Dioh, Kuala Pilah

Asal Usul Nama Kampung Dioh

Menurut sejarah, nama Kampung Dioh bermula semasa penghijrahan Tok Dioh dari Inas dan Johol bagi mengelakkan pertembungan satu perahu dua nakhoda. Nama beliau digunakan sebagai nama kampung ini memandangkan Tok Dioh banyak berjasa kepada kampung ini.

Pada mulanya masyarakat Kampung Dioh adalah masyarakat tidak bersuku tetapi cenderung kepada nasab ibu. Bagi mereka masa itu, nasab ibu adalah penting kerana nasab ibu sahajalah yang faham salasilah keturunan yang sebenar.

Menyingkap Sejarah Asal Usul Kampung Dioh, Kuala Pilah

Tok Dioh berjaya menjadikan Kampung Dioh itu aman, sejahtera dan disegani ramai. Kegiatan harian mereka adalah mengerjakan sawah padi dan melalui kegiatan ini jugalah mendidik mereka erti adab, budi, musyawarah dan bermuafakat.

Sementara menunjukkan hubungan persaudaraan antara Tok Dioh dengan orang di Inas, maka gelaran Penghulu Inas dikaitkan dengan ‘Walat Kuala Dioh’.

Walat ini bermakna aura, kuasa atau daulat yang tinggi. Jadi Inas sudahpun melebarkan keturunannya sampai ke kawasan luar. Ia terbukti apabila kita lihat pada nama jawatan Penghulu Inas sekarang, masih ada perkataan ‘Walat Kuala Dioh’ iaitu Y.M Dato’ Johan Pahlawan Walat Kuala Dioh Penghulu Luak Inas ke-16, Mohd. Ariff Sidek.

Menyingkap Sejarah Asal Usul Kampung Dioh, Kuala Pilah

Juteru itu, Tok Dioh memainkan peranan yang sangat besar di Kampung Dioh dimana beliau berjaya menyatupadukan penduduk selain bertolak-ansur dalam membangunkan kampung ini.

Sumber – Temubual Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin dari suatu akhbar tempatan (8 September 2016)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.