Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Sekiranya anda ingin mempelajari kehidupan di hutan simpan dara, datanglah ke Pusat Pendidikan Pelancongan (Eco-Edutourism) Pengurusan Hutan Tropika di Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson. Ini kerana, di sinilah pengkaji, pencinta alam sekitar, pelajar mahupun penuntut universiti akan mendapat banyak ilmu berkaitan kehidupan sama ada melibatkan alam flora dan faunanya ataupun haiwan liar.

Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Hutan Simpan Sungai Menyala mempunyai keluasan 1,305 hektar dan terletak pada ketinggian 20 meter hingga 40 meter dari aras laut. Struktur geografinya menunjukkan hutan ini merupakan Hutan Dipterokarp Tanah Pamah dan juga merupakan hutan jenis ini yang terluas serta terbesar di Asia Tenggara.

Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Selain itu, hampir 15 peratus daripada keluasan sebenar Hutan Simpan Sungai Menyala merupakan kawasan berpaya dan ia membuktikan bahawa hutan simpan ini kaya dengan kepelbagaian biodiversiti flora dan fauna. Lebih unik lagi, Hutan Simpan Sungai Menyala juga merupakan salah satu hutan dara yang masih wujud di Semenanjung Malaysia. Hutan Simpan Dara ialah hutan yang tidak menjalankan apa-apa aktiviti perhutanan seperti pembalakan, penerokaan dan sebagainya.

Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Bagi mereka yang mahu mengunjungi hutan simpan ini, ia terletak di lokasi yang agak strategik iaitu 29 kilometer dari pusat bandar Seremban atau 4 kilometer dari Sungai Sungkala, Linggi, Port Dickson dan 12 kilometer dari Bandar Port Dickson dan terletak 70 kilometer dari Kuala Lumpur.

Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Konsep pembangunan dan reka bentuk yang dirancang di pusat ini adalah berdasarkan pada gabungan elemen semulajadi, unsur sejarah, nilai pendidikan dan konservasi sumber khazanah hutan tropika yang kompleks. Jadi, tempat ini memang sesuai kepada mereka yang ingin menganjurkan aktiviti berkonsepkan hutan untuk pendidikan dan pemuliharaan.

Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Antara aktiviti yang dapat anda lakukan disini seperti trekking, melihat burung dan hidupan liar, rekreasi dan sukan, program denai interpretasi, penyelidikan, sight-seeing serta aktiviti lasak seperti mountain bike.

Kemudahan-kemudahan seperti bilik penginapan, kawasan perkhemahan, kantin, dewan, surau dan gerai juga turut disediakan oleh pusat ini kepada pengunjung. Dalam masa yang sama, pengunjung juga berpeluang untuk melawat Galeri Penghuni Belantara yang mempamerkan latar belakang kehidupan orang asli di Malaysia. Bahan perubatan, perhiasan badan, replika rumah dan alat perburuan turut dipamerkan di sini. Tak terkecuali Galeri Perhutanan yang mempamerkan informasi berkaitan hutan simpan ini turut dipamerkan disini.

Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Untuk pengetahuan anda juga, disini juga terdapat pokok yang terbesar serta tertua di Negeri Sembilan. Pokok terbesar yang bernama Jelutong ini dikatakan telah mencecah usia 200 tahun dan mempunyai ketinggian 50 meter. Manakala pokok tertua yang dikenali sebagai Meranti ini telahpun berusia 300 tahun.

Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Walaupun hutan simpan Sungai Menyala secara perbandingannya adalah kecil sekiranya dibandingkan dengan hutan simpan lain di Malaysia tetapi kawasan hutan simpan kekal ini direkodkan mengandungi 11 spesies pokok hutan yang endemik iaitu spesies yang hanya boleh ditemui di kawasan hutan ini sahaja. Dikatakan hutan ini juga menyimpan enam spesies pokok yang terancam di bawah IUCN (Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi) iaitu Shorea dasyphylla (Meranti Batu), Shorea singkawang (Meranti Sengkawang Merah), Vatica maingayi (Resak Lidi), Dipterocarpus sublamellatus (Keruing Kerut), Anispotera laevis (Mersawa Durian) dan Anispotera magistocarpa (Mersawa Merah).

Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Selain Hutan simpan Sungai Menyala merupakan habitat bagi 15 famili dengan 41 spesies burung di mana 19 spesies burung yang dikategorikan sebagai Spesies Terlindung Sepenuhnya dan dua spesies dikategorikan sebagai spesies burung lain yang dilindungi.

Menyelami Hutan Simpan Dara Di Sungai Menyala Port Dickson

Mereka yang ingin ke Pusat Pendidikan Pelancongan ini boleh menghubungi Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat, Aras 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, Persiaran S2A2, Seremban 2 di talian 06-6014000. – Sumber Bernama, Ruggedmom.com, Rainforestjournal.com, Tourism Malaysia Negeri Sembilan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.