Mengenali Sejarah Asal Usul dan Pembangunan Port Dickson

Port Dickson adalah sebuah daerah yang terkenal dalam Negeri Sembilan sebagai kawasan perkelahan yang menarik. Setiap hari minggu dan cuti umum Port Dickson dibanjiri oleh ribuan pelawat dari merata tempat untuk berkelah, berehat dan bermandi-manda.

Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson

Selain dari pantainya yang indah, Port Dickson juga mempunyai berbagai-bagai keistimewaan termasuklah 2 buah kilang penapis minyak iaitu Shell dan Esso yang membekalkan minyak bertapis ke seluruh negara. Stesyen Janaelektrik Tuanku Jaafar menambah kehebatan Port Dickson kerana dapat memebekalkan tenaga elektrik kepada kira-kira setengah dari kawasan semenanjung Malaysia.

Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson

Di samping itu, Port Dickson juga mempunyai markas tentera Askar Melayu yang tertua di negara ini. Disinilah tempat tentera darat kita menerima latihan awal sebagai rekrut sebelum dihantar berkhidmat ke tempat-tempat yang lain.

Jadi, Port Dickson memang sudah dikenali di seluruh negara sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. tetapi tidak ramai dari penduduk Negeri Sembilan sendiri terutamanya penduduk Port Dickson sendiri mengetahui asal-usul nama Port Dickson.

Asal Usul Nama Port Dickson
Sebelum tahun 1883, sebahagian besar kawasan Port Dickson terutama sekali kawasan yang berhampiran dengan pantai merupakan jajahan takluk negeri Selangor. Sehinggalah pada tahun itu, ia diserahkan kepada pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan moden setelah ditukar ganti dengan kawasan Semenyih dan sekitarnya (sebelum ini kepunyaan Luak Sungai Ujong).

Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson

Port Dickson berasal dari nama seorang penjajah Inggeris yang memerintah Negeri Sembilan. Sebelum penjajah Inggeris yang memerintah negeri ini memberi nama tersebut, Port Dickson sudahpun mempunyai namanya sendiri. Dahulu orang melayu yang menetap disini menggelar namanya sebagai ‘Tanjong’ atau ‘Tanjong Tin’ manakalah orang cina dan india pula menggelar nama tempat ini sebagai ‘Alang’ atau ‘Arang’. Ia dinamakan ‘Tanjong’ kerana tempat tersebut terletak di sebuah tanjung yang menganjur ke laut. Sementara ‘Arang’ pula ialah kerana sebuah pulau yang berhampiran dengan Tanjung ini terkenal pula sebagai tempat membakar kayu bakau untuk dijadikan arang untuk dipasarkan di seluruh kawasan yang berhampiran.

Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson

Menurut sejarah, sebelum tahun 1800, Tanjong telah mula diduduki oleh orang-orang Melayu di persisiran pantainya yang bekerja yang bekerja sebagai nelayan dan peniaga. Terdapat banyak perkampungan nelayan ketika itu termasuklah Bagan Pinang, Si Rusa, Telok Kemang, Pasir Panjang, Lukut dan Sepang. Pekan Tanjong bertambah ramai penduduknya setelah didatangi oleh peniaga cina, arab dan india.

Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson

Sebuah pulau berhampiran dengan ‘Tanjong’ ini digunakan oleh peniaga-peniaga dari Sumatera untuk membakar kayu bakau dan dijadikan kayu arang.

Menyedari perkembangan dan kepesatan Pulau Arang sebagai tempat perkilangan dan Pekan Tanjong sebagai pusat perniagaan bahan-bahan lain, maka pada tahun 1889, Setiausaha Jajahan British, Sir John Frederick Dickson telah mengarahkan supaya pekan Tanjong berhampiran Pulau Arang dijadikan sebuah pelabuhan dan stesyen keretapi yang menghubungkan tempat ini ke Sungai Ujong (sekarang seremban) dibina.

Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson

Dalam tahun 1891, landasan keretapi sejauh kira-kira 39km yang dicadangkan Sir John Frederick Dickson itu mula diterima dan pembinaan landasan mula dibangunkan. Apabila siap, segala barang-barang yang diturunkan dari kapal yang berlabuh di Tanjong seperi lada, beras dan ubi kayu akan dibawa menggunakan keretapi ke Sungai Ujong. Dengan pembinaan ini, diharapkan Pelabuhan Tanjong ini nanti akan dikenali ramai dan perniagaan mula maju.

Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson

Pada tahun 1894, landasan keretapi tersebut siap dibina sepenuhnya dan pembukaannya dirasmikan sendiri oleh Setiausaha Jajahan British iaitu Sir Joh Frederick Dickson.

Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson

Sempena dengan pembukaan landasan keretapi ini, Setiausha Jajahan British mahukan supaya nama Tanjong atau Alang (Arang) ditukar kepada Port Dickson (Pelabuhan Dickson). Nama tersebut mula menjadi sebutan orang ramai sehinggalah sekarang.

Port Dickson Sekarang
Sejak tahun 1980, daerah Port Dickson telah ditadbir oleh Majlis Daerah Port Dickson dengan peruntukan permulaan sebanyak RM1.2 juta. Dengan pentadbiran Majlis Daerah ini, Port Dickson maju melangkah setapak lagi kehadapan dari segi pentadbirannya dan sehinggalah pada tahun 2002, Majlis Daerah Port Dickson dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Port Dickson selaras dengan perkembangan bandar ini yang merupakan destinasi pelancongan utama Negeri Sembilan.

Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson

Memandangkan Port Dickson dilihat sebagai daerah yang berpotensi menjadi hub pelancongan terkemuka, kerajaan Negeri Sembilan telah melipatgandakan usaha untuk memajukan daerah ini. Ia termasuklah salah satu projek yang telah dilaksanakan bermula pada pertengahan tahun 1984 lagi iaitu penambakan laut seluas 102.8 hektar berhampiran bandar Port Dickson. Kawasan penambakkan laut yang telah siap ini menempatkan pelbagai bangunan komersil, hotel dan kawasan reakreasi.

Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson

Pada tahun 2009 pula, sekali lagi Port Dickson telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai Bandar Tentera Darat dan orang ramai boleh mengunjungi Muzium Tentera Darat di sini untuk mengetahui lebih banyak kisah perjuangan perwira negara. Muzium Tentera Darat di Port Dickson juga merupakan Muzium Tentera Darat terbesar di Malaysia.

Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson

Disamping mempunyai pantai-pantai yang cantik dan sesuai untuk berkelah dan bermandi-manda, pelbagai tempat/produk pelancongan lain juga turut dibina untuk menambah lagi aktitivi pelancongan sekitar Port Dickson. Ini bermakna bukan sahaja pengunjung datang ke sini untuk berkelah sahaja, malah boleh melawat pelbagai tempat menarik yang ada disekitar Port Dickson. (Lihat tempat menari di Port Dickson disini)

Mengenali Sejarah Pembukaan Port Dickson

Untuk menarik lebih ramai lagi pelancong untuk datang ke Port Dickson, kerajaan negeri telah mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik disini antaranya seperti Pesta Air Port Dickson, Pesta Port Dickson dan sebagainya. – Sumber Warisan: Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (En Mohd Noh Bin Hj Othman), Adat Negeri Sembilan Melalui Masa, Utusan Online, Photos from David Loh (Beautiful Star Port Dickson), Majlis Perbandaran Port Dickson Website.

Artikel berkaitan:
10 Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Di Port Dickson, Negeri Sembilan

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.