Makanan Tradisi Orang Negeri Sembilan

Jika di Melaka kita ada Asam Pedasnya, Penang pula dengan Nasi Kandarnya, Kelantan pula dengan Nasi Dagangnya dan tak kurang juga Negeri Sembilan yang mempunyai masakan tradisinya yang tersendiri. Masakan Negeri Sembilan kebanyakkan dipengaruhi oleh tradisi dari Minangkabau dan ia diwarisi sejak turun-temurun. Makanan Negeri Sembilan memang sedap. Kebanyakannya menggunakan santan, lemak dan pedas. Sesetengah orang kata kalau tak pedas bukan negeri sembilan orangya dan sebab itu lah sambal belacan tidak menjadi menu wajib dalam hidangan. Disini ada beberapa makanan yang dapat dikongsikan yang menjadi santapan utama oleh penduduk-penduduk Negeri Sembilan.

masak cili api negeri sembilan

Gulai/Masak Cili Api. Dikenali sebagai masakan kuning lada api atau “masok lomak lado api” satu-satunya masakan yang popular dan menjadi lambang masakan tradisonal orang melayu Negeri Sembilan. Ia merupakan salah satu masakan daripada orang Minangkabau dan kebiasaanya dimasak bersama ikan, siput sedut, ayam, sayur-sayuran dan daging salai.

masak rendang cili padi negeri sembilan

Rendang Cili Padi. Rendang di Negeri Sembilan berlainan dengan rendang yang dimasak di negeri-negeri lain kerana rendangnya menggunakan cili padi sahaja dan tidak menggunakan cili kering.

salai negeri sembilan

Salai. Salai atau menyalai dari erti kata lain dengan cara mengeringkan atau dipanggang diatas api. Di Negeri Sembilan, salai terdapat dalam ayam, itik, ikan atau daging. Dengan dimasak bersama Rendang serta Masak Cili Api menjadikan masakan ini bertambah sedap. Salai ini boleh didapati di tepi-tepi jalan Kuala Pilah-Bahau.

Sebarang cadangan/entri menarik untuk dikongsikan mengenai negeri sembilan bolehlah komen di bawah artikel ini. Semoga apa yand dikongsikan dapat memberi manfaat buat kita semu =)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.