Lantikan Baru 2 Penyandang Pesaka Seri Menanti

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

KUALA PILAH, 4 Nov – Seorang pesara juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Razali Ahmad, 63, hari ini dilantik sebagai Datuk Shahbandar Luak Ulu Muar manakala seorang kontraktor Suhaimi Ibrahim, 48, pula menjadi Datuk Bentara Kanan Istana Besar Seri Menanti.

Lantikan Baru 2 Penyandang Pesaka Seri Menanti

Pelantikan mereka diisytiharkan oleh Penghulu Luak Ulu Muar, Datuk Bendahara Setia Maharaja, Maharaja Lela Pahlawan Datuk Mansor Yusof dan disaksikan oleh pembesar-pembesar adat yang lain.

Istiadat pelantikan dan perisytiharan kedua-dua mereka sebagai penyandang pesaka yang bertaraf Lembaga dan Pegawai Istana Besar Seri Menanti itu dilangsungkan di Balai Penghulu Luak Ulu Muar, Tanjung Ipoh, di sini, hari ini.

Razali dilantik menggantikan penyandang pesaka sebelum ini Rosli Abd Rahman yang meninggal dunia pada April lepas manakala Suhaimi dilantik menggantikan penyandang Ibrahim Ujang yang meninggal dunia pada 2015 lalu.

Razali dilahirkan pada 10 Jun 1954, merupakan anak kedua daripada lapan orang adik-beradik.

Beliau kini merupakan Setiausaha Masjid Kariah Terusan, Timbalan Ketua Cawangan UMNO Terusan dan Setiausaha Kumpulan Yassin Terusan Ulu.

Sementara itu, Suhaimi yang dilahirkan pada 19 Julai 1969 di Kampung Gementir, Kuala Pilah merupakan anak kelima daripada lapan adik beradik.

Beliau juga aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan termasuk menganggotai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gementir dan merupakan timbalan guru Seni Silat Cekak Harimau Pencak Laksamana Malaysia.

Lantikan Baru 2 Penyandang Pesaka Seri Menanti

Lantikan Baru 2 Penyandang Pesaka Seri Menanti

Lantikan Baru 2 Penyandang Pesaka Seri Menanti

Sumber – Petikan berita daripada BERNAMA (4 November 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.