Kuala Pilah Lubuk Emas Murah Di Negeri Sembilan

Kami pasti ramai wanita diluar sana sudah tentu rambang mata bila pergi kedai emas. Lagi-lagi bila si suami atau pasangan anda yang belanja. kan??Bagi mereka yang akan diijabkabulkan pula, sudah pasti si lelaki ingin membeli barangan emas bagi dijadikan hantaran kepada bakal isteri. Tapi pernahkah anda tertanya-tanya, dimana tempat atau kedai emas yang boleh anda dapat dengan harga berpatutan?

Kuala Pilah Lubuk Emas Murah Di Negeri Sembilan

Disini kami ingin memberitahu anda tentang kedai emas paling berbaloi di Semenanjung Malaysia dengan harga emas yang anda boleh jimat sekitar RM15 ke RM30 segram. Kalau beli gelang 8 gram, kita dah mampu jimat RM120.

Kedai emas yang dimaksudkan adalah di pekan Kuala Pilah.

Jika anda berkunjung ke pekan Kuala Pilah atau lebih dikenali nama “Pilah” oleh penduduk setempat, anda akan perasan kedai emas yang wujud di setiap deretan kedai di sana. Ini kerana di Kuala Pilah, tidak tahulah apa kisahnya, kebanyakan kedai yang menjual emas di situ tidak berdaftar dengan Persatuan Pekedai Emas Malaysia.

Apabila tidak didaftarkan, penjual emas berhak menentukan sendiri harga jualan mereka yang pastinya berbeza dengan jualan peniaga berdaftar yang perlu mengikut harga persatuan.

Kuala Pilah Lubuk Emas Murah Di Negeri Sembilan Kuala Pilah Lubuk Emas Murah Di Negeri Sembilan Kuala Pilah Lubuk Emas Murah Di Negeri Sembilan

Untuk ke pekan Kuala Pilah tidak lah susah, jika anda dari Kuala Lumpur hanya ikut lebuhraya LEKAS dan ikut saja papan tanda ke Kuala Pilah. Dari Melaka boleh ikut jalan melalui Inas sementara yang datang dari Pantai Timur, boleh ikut jalan Muadzam Shah atau jalan Bentong melalui Simpang Pelangai.

Jika anda rasakan ia berbaloi atau tidak datang ke Kuala Pilah membeli emas? Cubalah anda sendiri datang ke Kuala Pilah dan tengok ragam pembeli di sini. Tanya pada mereka dari mana mereka datang. Jangan terkejut pula kalau rata-rata yang ada di kedai itu bukan orang Pilah.

Kedainya mungkin tidaklah seperti butik emas yang popular diluar sana, tapi produknya tetap sama. Kami memang sangat-sangat mengesyorkan sesiapa yang ingin mencari barangan kemas untuk dihadiahkan sempena perkahwinan supaya datang berkunjung kesini dahulu.

Kuala Pilah Lubuk Emas Murah Di Negeri Sembilan

Ada banyak kedai emasi disini, jadi tinjau-tinjau lah dulu. Apa yang kami tahu, pada ketika artikel ini diperoleh jika harga emas di butik mewah berharga RM185 segram, di Kuala Pilah harganya hanya sekitar RM168-RM170. Harga pula boleh tawar menawar sampai puas hati. Nak beraya ni, kan lagi cantik kalau isteri kita gelangnya sampai ke siku.

Sumber – iluminasi.com, sinarharian.com.my

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.