Kolej Tunku Kurshiah Berjaya Catat Malaysia Book Of Records

Kolej Tunku Kurshiah atau lebih dikenali dengan nama TKC berjaya melakar namanya dalam ‘The Malaysia Book of Records’ apabila mereka berjaya menghasilkan kain rentang kemerdekaan menggunakan teknik cap ibu jari yang terbesar di Malaysia.

Kolej Tunku Kurshiah Berjaya Catat Malaysia Book Of Records

Kolej Tunku Kurshiah mencipta ‘The Malaysia Book of Records’ melalui kejayaannya dalam menghasilkan kain rentang kemerdekaan menggunakan teknik cap ibu jari yang terbesar di Malaysia.

Sebanyak 180,000 cap ibu jari telah dihasilkan pada permukaan kain rentang kemerdekaan yang membentuk corak simbol hati dan berlatar belakangkan Jalur Gemilang. Di bahagian atas kain rentang berkenaan turut tertulis perkataan Kolej Tunku Kurshiah, manakala dibahagian bawah tertulis perkataan Malaysia.

Rekod itu telah disahkan oleh wakil ‘The Malaysia Book of Records’ sendiri, Lee Pooi Leng dalam Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017 dan Pelancaran “Biggest Thumb Print Merdeka Banner” di Kolej Tunku Kurshiah semalam, 13 September 2017.

Kain rentang kemerdekaan yang berukuran 35.4 meter (panjang) dan 31.1 meter (lebar) itu telah dihasilkan dengan kerjasama seramai 840 warga kolej yang terdiri daripada pelajar, guru, staf kakitangan sokongan termasuk ibu bapa dan alumni. Kain rentang yang menggunakan sepenuhnya teknik cap ibu jari tangan semua yang terlibat itu mengambil masa seminggu. Ia bermula sejak 4 September yang lalu untuk menyiapkannya. Sejumlah RM9,500 diperuntukkan untuk menghasilkan Jalur Gemilang ini.

Kolej Tunku Kurshiah Berjaya Catat Malaysia Book Of Records

Sebahagian daripada pelajar & guru yang menghasilkan kain rentang kemerdekaan tersebut

Kolej Tunku Kurshiah Berjaya Catat Malaysia Book Of Records Kolej Tunku Kurshiah Berjaya Catat Malaysia Book Of Records Kolej Tunku Kurshiah Berjaya Catat Malaysia Book Of Records

Lakaran awal kain rentang kemerdekaan yang dihasilkan

Menurut Pengetua Kolej Tunku Kurshiah, Anismah M.Noh, objektif penghasilan kain rentang kemerdekaan menggunakan teknik cap ibu jari ini adalah untuk memupuk semangat cinta akan tanah air dalam kalangan warga kolej. Dalam masa sama menanam semangat kecemerlangan sahsiah pelajar Kolej Tunku Kurshiah itu sendiri.

Selain itu, pemilihan menggunakan teknik “cap ibu jari tangan” berkenaan adalah bertepatan dengan simbolik Kolej Tunku Kurshiah yang merupakan satu-satunya sekolah berasrama penuh di Malaysia yang menjalankan proses pengajaran dan pemudahcaraan abad ke-21 secara sepenuhnya serta menggunakan pelbagai teknologi dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah. Ini merupakan kejayaan ketiga Kolej Tunku Kurshiah dalam mencipta The Malaysia Book of Records.

Sumber – Sinar Harian (13 SEPTEMBER 2017); Utusan Online (13 September 2017 | 6:20 PM); Perkongsian foto di Facebook (Ida Borhan)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.