Kisah Moyang Salleh dan Empat Sahabat Dalam Peristiwa Memutus Tali Ke Johor

Dalam catatan sejarah lisan di Jelebu, peristiwa ‘Memutus Tali Ke Johor’ adalah sangat penting kerana ia menjadi titik tolak kepada permulaan sejarah moden luak ini. Walaubagaimanapun tidak ada keterangan bertulis yang boleh dijdikan bukti mengenai tarikh asal usul sebenarnya peristiwa ini berlaku. Tetapi sekiranya dianggarkan, ia adalah sekitar tahun 1757 iaitu dimana bermulanya pemerintahan Dato Moyang Salleh sebagai Undang Luak Jelebu Yang Pertama.

Kisah Moyang Salleh dan Empat Sahabat Dalam Peristiwa Memutus Tali Ke Johor

Pengembaraan Dato Moyang Salleh bersama 4 sahabatnya dalam peristiwa ‘Memutus Tali Ke Johor’ merupakan cerita popular di Luak Jelebu dan ia diturunkan dari mulut ke mulut seperti disebut di dalam catatannya;

Pada suatu ketika dahulu, daerah Jelebu di Negeri Sembilan berada di bawah pemerintahan Sultan Johor. Kononnya baginda seorang yang zalim dan tingkah laku baginda tidak disenangi oleh datuk-datuk Penghulu di bawah jajahan baginda.

Pada masa itu Datuk Uban (Tok Uban) iaitu Penghulu Rembau. Dia mempunyai seorang anak gadis yang cantik bernama Seri Banun. Bila Sultan Johor mendapat tahu kecantikan gadis itu maka baginda menghantar utusan untuk meminangnya. Tetapi pinangan baginda ditolak dengan alasan Seri Banun sudahpun bertunang dengan seorang pemuda pilihannya.

Kisah Moyang Salleh dan Empat Sahabat Dalam Peristiwa Memutus Tali Ke Johor Kisah Moyang Salleh dan Empat Sahabat Dalam Peristiwa Memutus Tali Ke Johor

Sultan Johor menjadi murka kerana pinangan baginda ditolak lalu baginda memerintahkan Datuk Penghulu Rembau datang mengadap. Walaubagaimanapun Datuk Uban tidak datang ke Johor sebaliknya beliau menyuruh anaknya Si Amat pergi ke Johor sebagai pengganti. Apabila Amat mengadap Sultan Johor merasa terhina lalu bertanya kepada Si Amat kenapa hasrat baginda hendak mengahwini Seri Banun di tolak.

“Ampun tuanku,” sembah si Amat selanjutnya. “Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang katanya. Sekali kita mungkir janji maka orang tidak akan mudah mempercayai kita lagi, apa lagi kalauu yang mungkir janji itu maka orang tidak akan mudah mempercayai kita lagi, apa lagi kalau yang mungkir janji itu Orang Besar, rosaklah kelak namanya. Itulah pesan ayah hamba kepada tuanku,” katanya lagi.

Penjelasan Si Amat ini membuatkan baginda bertambah murka lalu memerintahkan Si Amat di bunuh. Pengawal istana segera menghayunkan pedangnya ke leher Si Amat tetapi senjata itu sikit pun tidak melukainya kerana Si Amat memiliki ilmu kebal.

“Tuanku,” kata Si Amat.“Patik ini anak pembesar. Mengikut adat anak pembesar tidak boleh dibunuh. Tetapi kalau tuanku nak bunuh juga maka gunakan keris patik dan tikamkan ke rusuk sebelah kiri patik.”

Mendengar itu Sultan mencabut keris lalu menikam rusuk kiri Si Amat nya dan dengan sekali tikaman saja maka Si Amat pun mati.

Berita pembunuhan Si Amat telahpun sampai ke Rembau. Datok Penghulu Rembau merasa amat sedih dengan kematian anaknya lalu mengadukan hal tersebut ke Datok Penghulu Sungai Ujong, Jelebu dan Johol. Mereka kemudiannya mengambil ketetapan mengutuskan Dato Moyang Salleh, Penghulu Luak Jelebu mewakili rakan-rakannya mengadap Sultan Johor. Tujuannya adalah untuk menuntut Sultan memberikan sebab-sebab mengapa Si Amat dibunuh dengan tidka merujuk kepada penghulu-penghulu yang lain.

Maka Moyang Salleh pun bertolak ke Johor bersama dengan empat orang sahabatnya iaitu Tok Gagah Lela Perkasa, Tok Laut Api, Tok Beruang Hitam dan Tok Bauk. Empat orang sahabat itu terkenal kerana masing-masing mempunyai kegagahan dan kesaktian tersendiri.

Apabila sampai di istana Sultan Johor, beliau berlima sahabat tidak dibenarkan masuk mengadap. Perbuatan Sultan Johor ini menyinggung perasaan Moyang Salleh, tapi beliau menyembunyikan rasa dendam itu. Moyang Salleh mengajak empat orang lagi sahabatnya duduk di luar pagar istana sebagai membantah tindakan Sultan Johor tidak membenarkan mereka mengadap.

Kisah Moyang Salleh dan Empat Sahabat Dalam Peristiwa Memutus Tali Ke Johor Kisah Moyang Salleh dan Empat Sahabat Dalam Peristiwa Memutus Tali Ke Johor

Kebetulan pula pada ketika itu hujan pun turun dengan lebatnya. Lantas Moyang Salleh mencampakkan destarnya (tanjak/tengkolok) ke udara, kemudiannya terkembang menjadi payung. Mereka berlima berlindung di bawah payung tersebut daripada hujan dan ribut. Kehebatan Moyang Salleh ini disaksikan oleh Sultan yang duduk memerhatikan dari anjung istana.

Disebabkan gementar dengan kesaktian Moyang Salleh, Sultan pun memberi titah membenarkan pembesar Jelebu itu masuk ke perkarangan Istana. Sebaik sahaja duduk di kawasan perkarangan istana, Tok Gagah Lela Perkasa menggesel-gegelkan belakangnya ke tiang anjung istana seolah-olah menggaru gatal. Setial kali beliau menggeselkan badannya, maka tiang anjung istana tempat Sultan berehat itu ikut bergoyang.

Tok Laut Api pula setiap kali menghembuskan nafas keluarlah api dari lubang hidungnya menyambar pintu dan jendela istana, menyebabkan dayang-dayang dan pengawal-pengawal menjadi gempar. Ini diikuti pula oleh Tok Beruang Hitam mencakar bendul dan dinding istana laksana beruang hingga habis semua yang dicakarnya hancur lumat.

Sementara Tok Bauk pula melompat ke tengah halaman seperti seekor harimau lalu membaham tanah sehingga berlubang sebesar kawah. Segala kehebatan Moyang Salleh bersama sahabat-sahabatnya ini menggerunkan pembesar-pembesar Johor dan disembahkan kepada Sultan. Bagi memujuk hati Moyang Salleh maka Sultan menawarkan mereka berlima menyertai jamuan diraja. Moyang Salleh bersetuju menyertai jamuan itu tetapi dengan syarat dikhaskan makanan untuk mereka berlima seekor kerbau dan nasi lima puluh gantang.

Setelah dihidangkan makanan tersebut, Sultan terekjut kerana Moyang Salleh lima bersahabat memakannya hingga habis tidak bersisa. Keesokannya barulah Sultan membenarkan Moyang Salleh masuk mengadap. Sebaik sahaja masuk ke balai rong, Moyang Salleh tidak dapat menahan marah dengan layanan Sultan terhadapnya sehingga beliau terlupa menuntut adat mengenai pembunuhan Si Amat anak Datuk Rembau.

“Apa hajat Orang Kaya Jelebu mengadap dengan tidak memberitahu terlebih dahulu” titah Sultan sengaja tidak berpura-pura mengetahui tujuan kedatangan Moyang Salleh. Dalam keadaan marah itulah Moyang Salleh berkata, “Jelebu nak ke keluar dari perintah Johor, sekarang putuslah tali ke Johor!”.

Sekalipun baginda berat untuk menerima keputusan tersebut, tetapi baginda terpaksa mengalah melihatkan kekuatan dan kesaktian Moyang Salleh dan sahabat-sahabatnya. Permintaan Moyang Salleh tidak mahu lagi bertuan ke Johor diterima. Beliau kemudian digelar “Dato’ Mendelika AKhir Zaman, Sultan Jelebu” dan diberi cop mohor sebagai pemerintah ‘bergajah tunggal’. (Mendelika membawa makna Merdeka).

Kisah Moyang Salleh dan Empat Sahabat Dalam Peristiwa Memutus Tali Ke Johor

Sebelum meninggalkan balai rong. Moyang Salleh menghunus pedangnya lantas memangkas sebuah tempayan disitu. Disebabkan tetakannya yang kuat, tidak kelihatan tempayan ini putus setelah dipangkasnya. Hanya Moyang Salleh menyer, “Selagi tempayan ini putus, selama itulah hubungan Jelebu dengan Johor putus”. Maka sejak itu putuslah pertalian Jelebu dengan Johor dan tiadalah lagi Jelebu “Beraja ke Johor”.

Sumber – novellatip.blogspot.my; Negeri Sembilan Gemuk Berpupuk Segar Bersiram: Luak Jelebu (1994); Sejarah Negeri Sembilan (1981); pts.com.my (Moyang Salleh Lagenda Jelebu – cover).

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.