Khairy Jamaluddin, Menteri Sukan Pertama Bertanding Dalam Sukan SEA

Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin bakal menempa nama apabila beliau akan menjadi menteri sukan pertama di Malaysia yang layak untuk bertanding di acara sukan SEA bulan hadapan.

Khairy Jamaluddin, Menteri Sukan Pertama Bertanding Dalam Sukan SEA

Semalam, Majlis Olimpik Malaysia mengesahkan Khairy antara 871 atlet yang akan bertanding di acara Sukan SEA yang bermula 19 Ogos hingga 30 Ogos ini. Khairy Jamaluddin akan bertanding dalam acara polo.

“Setiap rakyat Malaysia yang layak boleh mewakili Malaysia di Sukan SEA dan perkara ini tidak terkecuali untuk Menteri Belia dan Sukan. Khairy luangkan masa untuk berlatih dan hadir ketika sesi pemilihan dan beliau terpilih,” kata presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin juga terpilih untuk sukan SEA dan akan mengambil bahagian dalam acara endurance. Tahniah dan selamat berjuang di Sukan SEA nanti Khairy Jamaluddin, Sultan Mizan dan semua atlet yang terpilih!

BERITA TAMBAHAN: Khairy Jamaluddin bakal juga bakal bertanding dalam Polo Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung di Putrajaya Equestrian Park pada 10-23 Oktober 2017. Beliau sebagai kapten dalam ‘Jogo Polo Team’ akan bertanding dengan 7 kumpulan lain dalam perlawanan itu. – freemalaysiatoday.com

Sumber– theVocket (Olahan daripada mStar)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.