Kewujudan Terumbu Karang Di Port Dickson

Setelah sekian lama Port Dickson menjadi tumpuan pelancong, ramai yang tidak sedar perairan cetek di sepanjang pantai peranginan Port Dickson (PD) menyimpan khazanah ribuan tahun, iaitu terumbu karang yang boleh dikatakan setanding dengan kawasan terumbu karang yang ada di Malaysia.

Kewujudan Terumbu Karang Di Port Dickson

Malah perairan ini dikenalpasti satu-satunya kawasan berhampiran pantai tanah besar yang mempunyai terumbu karang di negara ini. Ini berbeza dengan tempat lain yang dimana kawasan terumbu karangnya terletak di kawasan pulau.

Kewujudan Terumbu Karang Di Port Dickson

Lebih mengagumkan lagi kira-kira 30 gugusan terumbu karang dianggarkan seluas antara 3,000 hingga 6,000 meter persegi atau sebesar separuh hingga dua padang bola sepak berada di sepanjang pantai sejauh lebih 30 kilometer bermula di pusat bandar Port Dickson hingga Sungai Linggi, sempadan Melaka.

Kewujudan Terumbu Karang Di Port Dickson

Kewujudan terumbu karang di Port Dickson sememangnya sangat unik kerana jaraknya terlalu hampir dengan tanah besar. Walabagaimanapun kawasan Tanjung Tuan atau Cape Rachado dikenalpasti mempunyai gugusan terumbu karang terbesar dan paling terpelihara kerana kawasan tersebut diwartakan sebagai larangan perikanan mengikut Akta Perikan 1983, bermakna tiada aktiviti menjejaskan terumbu karang boleh dilakukan disitu.

Kewujudan Terumbu Karang Di Port Dickson

Sebenarnya gugusan terumbu karang yang terdapat di situ adalah sisa banjaran terumbu karang bawah air yang memanjang suatu ketika dahulu, namun mati akibat faktor masa, alam semula jadi dan pencemaran termasuk pembangunan pesat kawasan pantai.

Kewujudan Terumbu Karang Di Port Dickson

Berdasarkan kajian, sekurang-kurangnya 100 spesies karang keras dan lembut boleh ditemui di Port Dickson dengan kawasan paling besarnya di Tanjung Tuan. Kalau diikutkan, karang lembut di perairan ini sebenarnya lebih cantik berbanding di Pantai Timur kerana terletak setempat dalam kuantiti yang banyak manakala karang di tempat lain tersebar luas dalam kelompok yang kecil.

Kewujudan Terumbu Karang Di Port Dickson Kewujudan Terumbu Karang Di Port Dickson

Walaubagaimanapun karang laut di Port Dickson menghadapi ancaman terbesar pada tahun 1990an ketika pembangunan pesat di kawasan sekitar pantai ini termasuklah pembinaan hotel yang menyebabkan pencemaran dan membunuh banyak spesies. Tetapi pada penghujung dekad itu, disebabkan kemelesetan ekonomi yang melanda Malaysia, pembangunan di sekitar Port Dickson mengalami kerencatan. Justeru ia membolehkan karang laut membiak semula dan menunjukkan perkembangan sihat ketika ini.

Kewujudan Terumbu Karang Di Port Dickson

Antara spesies karang yang dominan terdapat di Port Dickson adalah daripada jenis karang keras: Porites spp., Goniastrea spp., Favites spp. dan Favia spp. serta karang lembut: Sarcophyton spp. Dikatakan juga di Port Dickson terdapat lebih daripada 30 gugusan terumbu karang dimana lebih 10 daripadanya jenis terumbu karang besar.

Kewujudan Terumbu Karang Di Port Dickson

Walau bagaimanapun, kejernihan air di kawasan perairan ini tidaklah secantik di pulau peranginan sehingga mencapai melebihi 10 meter, di kawasan ini kejernihan air kebiasaannya 3 hingga 5 meter sahaja dan adakalanya melebihi 5 meter ke atas, bergantung kepada bacaan bulan dan keadaan cuaca pada masa tersebut. Manakala kedalaman kawasan tersebut juga tidaklah begitu dalam, ianya bergantung kepada kawasan untuk menyelam. Ada kawasan terumbu karang hanya mempunyai kedalaman 3 hingga 7 meter dan ada juga kawasan menyelam yang melebihi 18 meter tetapi tidak banyak terumbu karang di kawasan itu yang boleh dilihat.

Kewujudan Terumbu Karang Di Port Dickson

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan aktiviti menyelam di perairan Blue Lagoon, Port Dickson (Kawasan Tanjung Tuan) ini bolehlah menghubungi MDG SCUBA ADVENTURE untuk maklumat lanjut. MDG SCUBA ADVENTURE satu-satunya Diving Center yang diberi kuasa oleh pihak berkuasa tempatan untuk memantau kawasan tersebut serta menjalankan aktiviti menyelam di sekitar terumbu karang yang terdapat di Tanjung Tuan. – Sumber Berita Harian & MDG SCUBA ADVENTURE

Artikel berkaitan:
10 Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Di Port Dickson, Negeri Sembilan

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.