Keunikan Asal Usul Nama Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan

Kampung Gebok yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan ini mempunyai sejarah yang unik tentang bagaimana kampung tersebut mendapat namanya. Sangkaan kita kali pertama mungkin nama tersebut diambil sempena nama tokoh atau kejadian penting yang pernah berlaku disini. Walaubagaimanapun sangkaan tersebut ternyata salah kerana nama Gebok ini sebenarnya diperoleh daripada nama komponen enjin kapal. Nak tahu bagaimana?Jom baca sikit sejarah yang ditulis dari mercu tanda Kampung Gebok ni.

Asal Usul Nama Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan Yang Unik

Pada tahun 1887, En. Abdullah bin Dam Dam telah meneroka dan membuka kampung ini yang ketika itu merupakan sebuah kawasan perlombongan bijih timah yang diusahakan oleh pihak Inggeris. beliau juga adalah merupakan seorang pekerja di lombong bijih tersebut.

Asal Usul Nama Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan Yang Unik

Kebetulan pada suatu hari enjin kapal itu rosak dan beliau telah diberi kepercayaan untuk membaiki kerosakan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerosakan itu beliau bertanya kepada pihak Inggeris apakah alat yang rosak. Maka dijawab oleh orang Inggeris tersebut “GEAR BOX”.

Oleh kerana beliau tidak dapat menyebut perkataan tersebut dengan betul maka beliau bertanya sekali lagi dan dijawab lagi oleh orang Inggeris tersebut “GEAR BOX”. Untuk mengingati dan menyebut perkataan itu maka beliau telah berulangkali bertanya kepada orang Inggeris tersebut.

Asal Usul Nama Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan Yang Unik

Akhirnya semasa berbual dengan rakan-rakan dipenempatan baru beliau memberitahu rakan-rakannya tentang perkara tersebut dan menyebut “GEBOK” sebagai alat yang rosak itu. Maka disahut oleh seorang rakannya serta mencadangkan kampung baru ini diberi nama “GEBOK”. Setelah mendapat sokongan semua yang ada maka dinamakanlah kampung ini sebagai GEBOK dan nama itu kekal sehingga sekarang.

Sumber – jkkkkampunggebok.blogspot.my

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.