Kenali Tok Mat Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan

YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan atau sering digelar penduduk setempat sebagai ‘Tok Mat Hasan’ dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Mei 1956. Beliau merupakan menteri besar yang ke-10 selepas Tan Sri Mohd Isa B Hj. Abdul Samad dan menjawat jawatan tersebut sejak Mac 2004 setelah memenangi pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Rantau. Pelantikan semula beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu menandakan penggal ke-3 jawatannya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Haji Mohamad Bin Haji Hasan tok mat

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau. Kemudian beliau menyambung pendidikannya di Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Seremban sebelum melanjutkan pendidikan tinggi beliau dalam Sarjana Muda di Universiti Malaya pada tahun 1976.

Haji Mohamad Bin Haji Hasan tok mat

Mengenai kerjayanya sebelum menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamad Hasan memulakan kerjayanya sebagai pelatih di Bank Negara Malaysia setelah menamatkan pengajian di Universiti Malaya. Sejak dari itu, beliau meneruskan kerjaya dalam bidang perbankan sebagai Penolong Pengurus Malayan Banking Berhad di cawangan Petaling Jaya. Seterusnya beliau menjawat jawatan sebagai Pengurus di Public Bank Berhad, Pengurus Perbankan Korporat di Arab Malaysian Merchant Bank Berhad, dan Pengarah Urusan di Bank Bumiputra Berhad (London) sehingga tahun 1992.

Haji Mohamad Bin Haji Hasan tok mat

Haji Mohamad Bin Haji Hasan tok mat

Pada tahun 1992, Dato’ Seri Mohamad telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Cold Storage (M) Sdn. Bhd. selama dua tahun. Dari tahun 1994 sehingga Mac 2004, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan di Cycle & Carriage Bintang Berhad serta memegang beberapa jawatan lain sebagai ahli lembaga pengarah di Khazanah Nasional Berhad, Litar Antarabangsa Sepang F1 Malaysia, Pengerusi FIMA Malaysia Berhad, dan Penasihat Mercedes Benz Asia Pte Ltd bagi rantau Asia Tenggara.

Haji Mohamad Bin Haji Hasan tok mat

YDato’ Seri Mohamad juga terlibat secara aktif dalam aktiviti Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Beliau merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan, Presiden Persatuan Hoki Negeri Sembilan, Presiden Kelab Golf International Seremban, dan Penaung merangkap Timbalan bagi Pertubuhan Silat Gayung Malaysia.

Haji Mohamad Bin Haji Hasan tok mat

Haji Mohamad Bin Haji Hasan tok mat

Pengalaman dan kerjaya beliau dalam dunia korporat, aktif dalam aktiviti NGO, dan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan menjadikan beliau sebagai salah seorang pemimpin yang disanjungi dan dikagumi oleh penduduk setempat malah di seluruh Malaysia juga. Dan ini adalah antara sebab mengapa Negeri Sembilan berada dalam kedudukan yang stabil sehingga sekarang.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.