Keindahan Air Terjun Lata Kijang Di Jelebu Negeri Sembilan

Bila anda mendengar nama Lata Kijang, jangan pulak anda ingat ia adalah air terjun yang terdapat di Chenderiang, Perak tu. Walaupun bunyi yang agak sama tetapi ejaannya adalah berlainan. Air terjun yang terdapat di Perak itu dikenal sebagai Lata Kinjang, Chenderiang manakala di Negeri Sembilan pula ia dikenal sebagai Lata Kijang, Jelebu. Sebab kami banyak perhatikan ramai yang bertelagah pasal air terjun ni disebabkan bunyinya yang seakan-akan sama.

Keindahan Air Terjun Lata Kijang Di Jelebu Negeri Sembilan

Air Terjun Lata Kijang atau sering kali dikenali dengan nama Kijang Jatoh ini terletak di dalam Hutan Lipur Lata Kijang iaitu dimana ia berada di dalam kawasan Hutan Simpan Kenaboi di Jelebu, Negeri Sembilan. Hutan Simpan Kenaboi adalah dari jenis Hutan Dipterokarpa Bukit iaitu merupakan jenis hutan yang paling luas di Semenanjung Malaysia dan wujud pada ketinggian 300 – 750 meter. Spesies pokok utama yang boleh dijumpai adalah Meranti Seraya, Keruing dan spesies Meranti.

Air Terjun Lata Kijang juga merupakan salah satu air terjun tertinggi di Malaysia (Paling tinggi di Negeri Sembilan) iaitu dengan ketinggian 80 meter dari permukaan atas air terjun.

Keindahan Air Terjun Lata Kijang Di Jelebu Negeri Sembilan

Jaraknya untuk ke Hutan Simpan ini dari Seremban adalah sejauh 78 km manakala dari Pekan Kuala Klawang pula adalah sejauh 45 km. Walaubagaimanapun, untuk pergi ke air terjun ini bukanlah semudah yang disangka, anda memerlukan kenderaan pacuan 4 roda (4WD) untuk melalui trek yang merentasi beberapa perkampungan orang asli yang terdapat di hutan simpan ini.

Disekeliling air terjun ini juga terdapat beberapa gua yang boleh diteroka antaranya seperti Gua Semong dan Gua Harimau. Di Hutan Lipur Lata Kijang ini juga kaya dengan pelbagai tumbuhan seperti orkid-orkid liar, tumbuhan herba, paku-pakis dan palma.

Keindahan Air Terjun Lata Kijang Di Jelebu Negeri Sembilan Keindahan Air Terjun Lata Kijang Di Jelebu Negeri Sembilan

Disini juga terdapat denai-denai dan laluan-laluan curam di sekeliling air terjun yang sesuai bagi mereka yang menggemarkan aktiviti lasak. Memandangkan Huta Lipur Lata Kijang ini juga dibawah seliaan Pejabat Hutan Daerah, kawasan air terjun ini menyediakan kemudahan tapak perkhemahan yang terdiri daripada dua zon yang boleh menampung seramai 300 orang. Ia amat sesuai bagi mereka yang ingin bermalam serta menjalankan aktiviti berkumpulan disini. Selain itu, tandas dan dewan serbaguna turut disediakan.

Keindahan Air Terjun Lata Kijang Di Jelebu Negeri Sembilan Keindahan Air Terjun Lata Kijang Di Jelebu Negeri Sembilan Keindahan Air Terjun Lata Kijang Di Jelebu Negeri Sembilan

Untuk pengetahuan anda juga, di air terjun ini terdapat suatu denai hutan yang akan membawa anda ke Gunung Besar Hantu (1462 meter) yang merupakan gunung tertinggi di Negeri Sembilan. Bagi sesiapa yang berminat untuk kesini bolehlah menghubungi Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat untuk keterangan lanjut.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.