Kayuh Gerek Tua Keliling Seremban

SEREMBAN – Sebuah kelab terdiri daripada pemilik basikal tua kini menyasarkan untuk menarik lebih ramai ahli dalam kalangan wanita.

Kayuh Gerek Tua Keliling Seremban

Kelab dinamakan Kelab Basikal Tuo Negeri Sembilan itu, walaupun sudah menarik ramai penggemar basikal klasik, namun bilangan pengayuh wanita masih kurang.

Setiausaha kelab, Syahrol Rizan Adam berkata, kelab berkenaan ditubuhkan sejak 2012 bagi mendukung hasrat supaya khazanah lama dapat terus disayangi generasi masa kini.

“Sejak awal penubuhan kelab ini, kita sudah pun mempunyai seramai 140 ahli berdaftar. Kita sasarkan pertambahan 30 ahli lagi sehingga hujung tahun ini. Bagaimanapun, bilangan pengayuh basikal klasik wanita sangat kurang. Jadi dalam sasaran itu juga kita menyasarkan pengayuh dari kalangan wanita supaya dapat terlibat sama dalam aktiviti yang dianjurkan kelab di masa akan datang,” katanya ketika bersama 30 ahlinya mengayuh basikal klasik secara beramai-ramai mengelilingi bandar Seremban sempena program Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Kayuhan Seromban, di sini, baru-baru ini.

Kayuhan sejauh 15 kilometer itu bermula dari Kompleks Belia dan Sukan Paroi, sebelum melalui Balai Undang Luak Sungei Ujong, Rahang, Stesen Komuter KTMB Seremban, Dataran Seremban dan berakhir di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi.

Kayuh Gerek Tua Keliling Seremban Kayuh Gerek Tua Keliling Seremban Kayuh Gerek Tua Keliling Seremban Kayuh Gerek Tua Keliling Seremban Kayuh Gerek Tua Keliling Seremban Kayuh Gerek Tua Keliling Seremban

Sementara itu, mengulas program dianjurkan, Syahrol Rizan berkata, objektif program atas dasar ingin mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli kelab yang menggemari basikal klasik.

“Sepertimana minat terhadap motosikal dan kereta klasik masih wujud, begitu juga terhadap basikal klasik yang dahulunya pernah menjadi pengangkutan utama. Dalam masa sama, ahli dapat bertukar pandangan atas hobi yang dikongsi bersama meskipun ahli datang dari pelbagai latar belakang dan kerjaya,” katanya yang memberitahu kayuhan basikal klasik ini pertama kali dianjurkan di Seremban.

Sumber – Sinar Harian (21 JULAI 2017); Gambar perkongsian Facebook Syahrolrizan Adam

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.