Kampung Orang Asli Bukit Kepong Wakili Negeri ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan Anugerah Desa Perdana

PORT DICKSON – Kampung Orang Asli Bukit Kepong sekali lagi layak mewakili Negeri Sembilan dan Melaka ke pertandingan peringkat kebangsaan Anugerah Desa Perdana anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Kampung Orang Asli Bukit Kepong Wakili Negeri ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan Anugerah Desa Perdana

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Orang Ali Bukit Kepong, Omar Gomeng berkata, layak kali kedua ke pertandingan peringkat kebangsaan adalah penghargaan besar buat dia dan seluruh warga Kampung Orang Asli Bukit Kepong.

Menurutnya, sebelum ini pada 2014 kampungnya memperoleh naib johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan tahun ini sekali lagi layak bertanding di pentas sama.

“Cabarannya adalah untuk pastikan penyertaan kali ini lebih baik prestasinya daripada sebelum ini atau sekurang-kurangnya sama baik seperti tahun 2014. Namun saya akui, itu bukanlah satu perkara mudah, kami dengan bantuan Jakoa (Jabatan Kemajuan Orang Asli) telah melakukan yang terbaik dalam pertandingan ini dan harapan kami sebenarnya adalah untuk beroleh kejayaan lagi,” katanya.

Kampung Orang Asli Bukit Kepong Wakili Negeri ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan Anugerah Desa Perdana Kampung Orang Asli Bukit Kepong Wakili Negeri ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan Anugerah Desa Perdana Kampung Orang Asli Bukit Kepong Wakili Negeri ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan Anugerah Desa Perdana

Sumber – Sinar Harian (7 Ogos 2017)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.