Kakitangan Klana Beach Resort Kutip Setengah Tan Sampah Di Pantai Port Dickson

TELOK KEMANG 8 Okt. – Kira-kira 500 kilogram sampah berjaya dikutip dalam program gotong-royong membersihkan kawasan pantai yang dianjurkan secara bulanan oleh kakitangan Klana Beach Resort, Port Dickson di sini baru-baru ini.

Pengarah program, Husaini Ahmad berkata, sampah tersebut termasuklah botol plastik, pakaian dan sampah domestik lain yang dikutip berhampiran kawasan hotel berkenaan.

Menurutnya, selain menge­ratkan silaturahim antara pekerja, aktiviti yang dimulakan sejak 2011 itu bertujuan memberi ke­sedaran kepada pekerja dan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Kakitangan Klana Beach Resort Kutip Setengah Tan Sampah Di Pantai Port Dickson

Sebahagian kakitangan Klana Beach Resort bergotong-royong membersihkan kawasan persisiran pantai Port Dickson, Negeri Sembilan, pada 3 Oktober lalu.

“Seramai 50 kakitangan hotel yang terlibat memberikan kerjasama yang sangat baik dan menyumbang tenaga demi menjayakan program itu. Kita mahu menerapkan pen­tingnya menjaga kebersihan pantai kerana ia dapat menyumbang kepada peningkatan kehadiran pelancong di Port Dickson,” katanya di sini baru-baru ini.

Yang turut serta Pengurus hotel, Che Dzarudin Che Omar.

Kakitangan Klana Beach Resort Kutip Setengah Tan Sampah Di Pantai Port Dickson

Menurut Husaini, jumlah sampah yang dikutip kali ini menunjukkan penurunan berbanding sebelum ini sekali gus membuktikan tahap kesedaran orang awam khususnya pengguna pantai terhadap kebersihan sudah meningkat.

Katanya, program itu akan diteruskan sebagai salah satu usaha Klana Beach Resort dalam menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Sumber – Petikan berita daripada Utusan Online (09 Oktober 2017 3:00 AM)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.