Jangan Disalah Tafsir Pemberian Harta Dalam Adat Negeri Sembilan

Isu sebegini yang sering disalah tafsir oleh ramai orang iaitu pemberian harta pusaka dan kelebihan kepada wanita. Biasa tak kita dengar ayat begini,

Elak daripda berkahwin Gadis Negeri Sembilan, Kalau Bercerai Tinggal Sehelai Sepinggang? Baca Fakta Yang Betul

Isu ini menjadi igauan ngeri kepada banyak pihak. Sehingga ada yang menyalahkan adat perpatih tidak Islamik dan sebagainya. Sebenarnya, pemberian pusaka yang disebut itu adalah berkaitan dengan tanah adat. Tanah adat merupakan tanah yang diwariskan turun temurun dari nenek moyang kepada generasi terkini.

Elak daripda berkahwin Gadis Negeri Sembilan, Kalau Bercerai Tinggal Sehelai Sepinggang? Baca Fakta Yang Betul

Kenapa Tanah Adat Diberi Kepada Perempuan?

Tanah adat ini diberikan kepada wanita adalah semata-mata untuk menaikkan taraf serta menjaga kehormatan dan maruah wanita itu sendiri. Maksudnya, walau semiskin mana pun seseorang wanita itu, mereka tetap tidak akan merempat kerana sudah tersedia tanah adat untuk diwariskan kepada mereka. Tanah itulah sebagai penyambung rezeki mereka demi meneruskan kelangsungan hidup.

Kenapa Lelaki Diabaikan?

Tidak. Sebenarnya lelaki tidak diabaikan. Anak lelaki dianggap hebat serta mampu mandiri. Pernah dengar lagu Gadis Jelebu nyanyian Waris? Perhatikan liriknya.

Elak daripda berkahwin Gadis Negeri Sembilan, Kalau Bercerai Tinggal Sehelai Sepinggang? Baca Fakta Yang Betul

Itulah yang diistilahkan. Lelaki, secara umumnya mereka adalah orang yang kuat. Mereka boleh hidup berdikari serta meneruskan mencari rezeki biarpun dalam apa juga keadaan.

Selain daripada itu, wanita juga dianggap hebat apabila di dalam Adat Perpatih, keturunan dikira melalui nasab ibu. Ini bermakna, seorang anak akan mewarisi suku daripada sebelah ibu bukan daripada sebelah bapa.

Prinsip Adat Perpatih juga ada menyebut, Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri. Hal ini bermaksud, selepas berkahwin, lelaki akan meninggalkan desa mereka dan berhijrah ke tempat isteri dan mengusahakan ladang atau tanah milik keluarga sebelah isteri. – Artikel daripada mingguanwanita.my

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.