Jambatan Kampung Gadong Jaya, Labu Telah Siap Sepenuhnya Semula

SEREMBAN, 6 Nov – Penduduk di sekitar Kampung Gadong Jaya Labu, kini boleh menarik nafas lega apabila jambatan yang runtuh sejak empat bulan lalu, siap dan boleh digunakan sepenuhnya, bermula Jumaat lalu.

Jambatan Kampung Gadong Jaya, Labu Telah Siap Sepenuhnya Semula

Adun Labu, Datuk Hasim Rusdi berkata, jambatan baharu bernilai lebih kurang RM280,000 itu adalah peruntukan dari Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, jalan tersebut merupakan laluan alternatif dari Kampung Gadong Jaya menuju ke masjid utama kampung tersebut, selain boleh menghubungkan jalan ke Sendayan.

Jambatan Kampung Gadong Jaya, Labu Telah Siap Sepenuhnya Semula

“Jambatan lama yang roboh akibat banjir kilat empat bulan lalu telah siap sepenuhnya dan penduduk di Kampung Gadong Jaya boleh gunakan seperti biasa. Jalan yang mempunyai jarak 2.5 meter itu, dapat memudahkan kira-kira 150 penduduk dalam kampung berkenaan untuk ke masjid, selain membantu penduduk membawa hasil kebun keluar.

“Kali ini sebanyak dua buah jambatan telah kita selesai melaksanakan kerja-kerja naik taraf dengan jumlah keseluruhan RM45,000,” katanya ketika ditemui semasa melawat jalan tersebut di Kampung Gadong Jaya, Labu di sini, Sabtu lalu.

Turut serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, dan Keselamatan Kampung Gadong Jaya, Mohd Yusof Busrah.

Sumber – Petikan berita daripada Sina Harian Online (6 November 2017)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.